Showing posts with label Anuar Zain in the news. Show all posts
Showing posts with label Anuar Zain in the news. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Anuar Zain - Eksklusif dan intim!

Oleh WANDA IDRIS Foto NOOR AZLINA JAAFAR

RM800. Itu harga tertinggi yang ditawarkan untuk menyaksikan persembahan eksklusif bersama Anuar Zain yang dianjurkan Maju Junction Mall pada 7 Oktober lalu.
Majlis meraikan Syawal itu juga menawarkan dua lagi meja yang masing-masing berharga RM700 dan RM600.
Dan para peminat Anuar pula, walaupun tiket mahal, mereka nampaknya tidak kisah berbelanja besar untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan.
Buktinya, 28 meja yang disediakan penuh dengan peminat yang seronok menghiburkan diri di Dewan Golden Chersonese, Maju Junction Mall.
Bagi mereka tidak perlu kedekut mengeluarkan wang untuk menonton persembahan Anuar kerana memang seringkali sifatnya eksklusif dan penuh keintiman.
Lalu, bagi kebanyakan peminat setianya, harga bukanlah sesuatu yang tiada kompromi. Malah dengarnya ada yang sanggup menabung semata-mata untuk membayar harga tiket Anuar Zain. Dan pada persembahan petang Rabu lalu itu juga turut disaksikan oleh peminat setia Anuar dari Singapura.
Itulah penangan Anuar Zain yang memang terkenal mampu mencairkan hati wanita tidak kira usia dengan dendangan lagu dan sikap mesranya.
Kepuasan menyaksikan sebuah persembahan memang dirasai penggemar fanatiknya pada setiap persembahan.
Sambil menyanyi, sambil bermesra dengan peminat. Anuar tidak pernah kisah dikerumuni peminat fanatik yang mahu bergambar dan bersalaman dengannya.
Dan itulah keistimewaan yang diberikan oleh Anuar untuk para peminat yang sanggup membayar mahal untuk menyaksikan persembahannya.
Bagi Anuar, hak eksklusif dan keintiman adalah asetnya untuk peminat yang datang berhibur kerana peminat adalah segala-galanya.
Justeru menghiburkan mereka adalah perkara utama yang diberikan dalam setiap persembahan.
Tidak boleh ego di pentas dan interaksi menjadi kepentingannya dalam memberi kepuasan kepada peminat. Bukan sekadar berkata-kata dan tersenyum malah setiap pergerakan tubuh dijaga.
"Kerana itu saya memandang mata penonton ketika menyanyi. Itu gaya dan cara saya. Saya tidak suka syok sendiri. Kita penyanyi. Tugas kita adalah menghiburkan," jelasnya.
Terkenal dengan auranya yang tersendiri, Anuar juga menyifatkan kejujuran ketika di pentas dan sokongan peminat banyak membantunya berada pada kedudukan hari ini.
Pengalaman juga banyak membantu dirinya untuk tampil sentiasa segar di pentas, tidak sahaja daripada penampilan tetapi juga susunan lagu dan pembawakan diri.
"Saya percaya setiap daripada kita ada auranya sendiri. Ada doanya. Keyakinan diri penting dan kita harus menikmati dan seronok dengan apa yang dilakukan.
"Saya percaya dengan itu kita dapat memberikan satu keseronokan pula kepada orang lain," kata Anuar mengenai sikapnya terhadap menjayakan sesuatu persembahan.
l Julung kali
Merupakan julung kalinya menjayakan sebuah persembahan meraikan Syawal secara berbayar, Anuar mengakui terkejut dengan sambutan yang diterimanya.
Masakan tidak, harganya bukan calang-calang apalagi dianjurkan pada saat keadaan ekonomi tidaklah begitu memberansangkan.
Namun tegas Anuar, harga yang ditawarkan itu bukanlah harga yang ditetapkan olehnya sebaliknya oleh penganjur.
"Saya tetap menerima bayaran seperti biasa," katanya sambil tersenyum.
Diiringi empat pemuzik di bawah pimpinan Alwyn Santiago, Anuar mempersembahkan 10 buah lagu pada persembahan lebih sejam itu.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Menjelang Hari Raya yang pernah dipopularkan DJ Dave, Anuar turut mempersembahkan lagu-lagu saduran seperti Tiada Maaf Bagimu, Senandung Semalam, Bersabarlah Sayang dan Tegar.
Tidak ketinggalan tentunya lagu-lagu popular Anuar seperti Hanya Milikmu, Ketulusan Hati serta medley Mungkin, Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini, Jangan Bersedih Lagi dan Teman Terulung selain dua encore iaitu Suasana Hari Raya dan lagu penutup tirai, Perpisahan.
Peminat bukan sahaja seronok bergambar dan bermesra dengan Anuar yang turut turun ke pentas bermesra dengan peminat.
Malah ada yang teruja menyanyi bersama dan ada yang bergenangan air mata kegembiraan apabila Anuar menyampaikan lagu sambil melutut kepadanya.

Auranya tetap gah!

Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bharian.com.my

Lebih empat dekad di persada seni, Sharifah Aini masih unggul SEANDAINYA dilahirkan sebagai bintang, beliaulah kejora yang memancarkan sinaran terang benderang. Jika lahirnya sebagai intan, beliaulah permata yang amat tinggi nilainya serta sukar dicari ganti. Pada Jumaat lalu, di Studio Filem Negara, Petaling Jaya bermandikan cahaya serta dibuai keasyikan buat peminat biduanita pujaan ramai - Datuk Sharifah Aini. Biarpun sekadar satu malam, namun itu sudah cukup untuk membangkitkan nostalgia di kalangan peminat yang tidak jemu mendengar nyanyiannya.Di pentas yang dihias indah dengan lampu chandelier serta tersergam poster bersaiz gergasi yang memaparkan wajahnya dari tiga dekad iaitu 70-an, 80-an dan 90-an, di situlah berdirinya figura hebat ini meragut hati peminatnya dengan lantunan lagu mendamaikan jiwa. Konsert ‘Inilah...Sharifah Aini’ terbitan ZGB Media Sdn Bhd yang bakal disaksikan peminat menerusi RTM menjelang Tahun Baru nanti membuktikan penyanyi ini masih ampuh. Gelaran biduanita ternyata tidak diberi tanpa sebab yang munasabah. Ketika rakan seperjuangannya ada yang mengundurkan diri namun Sharifah atau lebih akrab di sapa Kak Pah masih utuh memperjuangkan kerjaya nyanyiannya selama lebih 41 tahun lalu. Auranya masih belum berpenghujung dan pasti tidak akan mati selagi kudratnya masih berdaya. Sebaik Sharifah 'membuka' mulut, memulakan lagu pilihan, hati didakap bahagia yang sukar untuk diungkap. Apabila suaranya itu singgah di telinga, semua gundah gulana, hilang serta terbang melayang-layang. Demikian ajaibnya suara wanita dari selatan tanah air ini. Rasa ini hanya akan dipunyai oleh peminat Sharifah yang setia menghafal dan mengingati setiap lirik bahasa seni yang dilantun. Irama pembuka iaitu Seri Dewi Malam, Terbang Helang dan Oh Di Mana mengambil ruang hati. Tidak ketinggalan Hapuslah Airmatamu, Gunung Banang, Dekatlah Padaku, Tiada Maaf Bagimu dan Kau Tinggi Di Awan Biru yang liriknya adalah hasil tulisannya sendiri membangkitkan seribu rasa kepada mereka yang mendengarnya. Tidak berseorangan, sebaliknya Sharifah ditemani dua penyanyi lain sebagai penyanyi undangan.Kehadiran Francisca Peter mengalunkan lagu popularnya, Sekadar Di Pinggiran mengundang sorakan penonton. Walaupun sudah lebih dua dekad usia lagu ini, namun melodi indah ciptaan Manan Ngah dan lirik oleh Lukhman S ini masih utuh dalam ingatan penonton yang hadir. Kemunculan Datuk David Arumugam menyampaikan Sampaikan Salam Cintaku juga mengundang sorakan gemuruh penonton. Ketiga-tiganya kemudian menyampaikan Seiring Sejalan, lagu nyanyian Sharifah bersama Broery Marantika. Walaupun terpaksa mengulang rakaman kerana ada yang terlupa lirik, namun semuanya berjalan lancar. Malah, kesilapan itu menjadi bahan jenaka dan mengundang gelak tawa penonton apabila David selamba menyanyikan lagu itu dengan lirik yang lintang pukang.Adat rakaman, tidak semuanya sempurna. Walaupun terpaksa mengulang beberapa kali akibat kesilapan teknikal, namun penonton masih tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Ini kerana apa yang penting peluang menyaksikan diva ini beraksi kerana kemunculannya di pentas terbuka seperti ini memang terlalu sukar. .Konsert yang diterajui komposer terkenal Ramli MS ini memperlihatkan kehebatan Sharifah menyampaikan pelbagai genre lagu. Daripada lagu Jatuh Cinta, Sabarlah Menanti, Hanya Engkau, Empat Dara, Zapin Budi, Kau Pergi Tanpa Pesan, Teratai, Bunga Tanjung, Burung Pungguk, Yang Ditunggu Tak Tiba, Percayalah, Di Malam Persandingan, Usah Pergi dan Cahayamu Cahayaku. Nyata pengalaman mematangkan dirinya. Berbekalkan pengalaman lebih empat dekad, menghasilkan 98 album dan merakamkan lebih 1,000 lagu membuatkan Sharifah mampu menzahirkan setiap lagu itu dengan mood yang berbeza-beza.Ketika ditemui selepas konsert itu, Sharifah nyata teruja kerana sudah lama beliau impikan untuk mengadakan persembahan seperti ini iaitu lebih dekat dengan peminat.“Peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk bertemu dengan peminat. Tidak ada apa yang lebih menggembirakan saya selain melihat peminat saya terhibur dengan persembahan saya malam ini,” kata Sharifah yang anggun mengenakan rekaan Jovian Mandagie. Malahan langsir yang melatari konsert biduanita itu turut mendapat tajaan daripada Master Home Sdn Bhd. Ketika mengulas Sharifah bagi menjayakan persembahan itu, penerbitnya Zohara Gany Bathusha atau Kak Lola berkata, pemilihan penyanyi itu bersesuaian dengan konsep malar segar yang dikehendaki RTM.“RTM meminta saya mencari seorang penyanyi yang malar segar serta lagunya masih popular dan diterima ramai ketika ini. Apabila dimaklumkan sedemikian, ingatan saya terus terlintas kepada Sharifah Aini. Semuanya berlaku begitu pantas dan sebaik saja kata persetujuan dicapai maka terhasillah konsert Inilah Sharifah Aini,” jelasnya mengenai konsert yang diarahkan Ismadi Ismail ini.Teringin berduet dengan JamalKETIKA ini jadualnya cukup padat dengan persediaan untuk konsertnya di Singapura, bulan depan. Bagaimanapun, seperti yang dijanjikannya, Sharifah muncul dengan pelbagai mini showcase sebagai meraikan ulang tahun ke-40 dalam bidang seni suara. Bukan sebarang showcase. Sebaliknya konsert mini itu nanti bakal menyaksikan dirinya berduet dengan penyanyi Gred A dari Malaysia.“Saya namakan showcase ini sebagai Sharifah Aini & Friends. Ia akan diadakan di Hotel Concorde berkonsepkan persembahan makan malam. Persembahan ini termasuk dalam rantaian konsert yang akan saya adakan sebelum menuju konsert berskala mega tahun depan. Setakat ini Anuar Zain sudah memberi persetujuan untuk bersama-sama dalam konsert ini. Persembahan kami diadakan pada 11 Disember. “Selain itu, saya juga teringin berduet dengan M Nasir dan Jamal Abdillah. Jamal kerana saya tahu dia adalah antara penyanyi lelaki yang mempunyai vokal cukup hebat,” ujarnya dalam nada teruja.Mengulas mengenai konsertnya di Singapura, Sharifah berkata beliau kini sedang mempersiapkan diri dengan latihan vokal.“Alhamdulillah, semua persediaan berjalan lancar. Lagu juga sudah dipilih dan dari jualan tiket, cukup memberangsangkan. Saya harap peminat saya di Kuala Lumpur turut serta menyaksikan konsert yang akan menceritakan kisah suka duka saya, sebelum dan selepas bergelar penyanyi,” katanya.

Anuar Zain paling eksklusif

Oleh Farihad Shalla Mahmud

farihad@bharian.com.my

Tiket Eksklusif Syawal bersama penyanyi itu laris walaupun lebih mahal daripada Beyonce KnowlesANDAI melihat nilai harga tiket yang dikenakan untuk menyaksikan persembahan Eksklusif Syawal bersama Anuar Zain yang berlangsung di Golden Chersonese Mediahall, Maju Junction, baru-baru ini, tentu ramai yang terkejut kerana harga yang dikenakan boleh dikatakan setaraf dengan harga tiket untuk menyaksikan konsert artis bertaraf antarabangsa.

Bayangkan, untuk menyaksikan pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain ini beraksi, tetamu perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM800 (VIP), RM700 (Premier) dan RM600 (Eksekutif).

Malah, harga tiket ini jauh lebih tinggi dari nilai harga tiket konsert penyanyi Beyonce di mana untuk harga VIP, jumlahnya hanyalah sebanyak RM583. Dan apa yang membanggakan, tiket yang hanya terhad kepada 300 tetamu itu habis dijual. Siapa sangka di saat ekonomi yang tidak menentu ketika ini, masih ada peminat yang sanggup mengangkat martabat artis tempatan setaraf penyanyi luar negara.

Bukan calang-calang peminat yang sanggup mengeluarkan belanja sebulan gaji hanya untuk menyaksikan artis kesayangannya menyanyi dan Anuar nyata cukup bertuah kerana mempunyai peminat yang sanggup berbuat apa saja kerananya.

Bersesuaian dengan nama acara yang dijayakannya itu, tidak keterlaluan andai dikatakan Anuar antara penyanyi yang cukup eksklusif dan termahal apabila mengambil risiko mengenakan harga tiket sebanyak itu. Bagaimanapun perkara ini disangkal Anuar sambil menyatakan dia juga terkejut apabila mendapat tahu harga tiketnya mencecah hampir RM1000.

“Apabila pihak penganjur memberitahu saya harga tiket yang dikenakan sebanyak RM800, saya sendiri terkejut kerana perancangan awalnya, harga yang diletakkan adalah RM400. Saya bimbang majlis ini tidak mendapat sambutan memandangkan harga yang dikenakannya cukup mahal. Iyalah, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, siapa yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak itu.

“Tapi, apabila dimaklumkan yang semua tiket habis dijual, saya bersyukur sangat-sangat kerana ia masih mendapat sambutan,” ujar Anuar dalam nada teruja.Kata Anuar, dalam hal ini, dia tidak melihat dirinya sebagai artis paling eksklusif di Malaysia hanya kerana persembahannya yang mahal itu. Baginya sesiapapun artis itu dan jika dia mempunyai album, dia tetap eksklusif di mata peminatnya. Dan kata Anuar, dia beruntung kerana mempunyai peminat yang cukup setia kepadanya dan akan sentiasa menyaksikan persembahannya walau di mana jua dia berada.

“Ada di antara mereka saya memang kenal kerana sering menyaksikan persembahan saya. Dan ada yang datang sejauh dari Singapura hanya untuk menyaksikan persembahan saya. Mereka ini ada menyediakan tabung khas untuk menonton konsert saya. Inilah yang membuatkan saya terharu dan rasa dihargai.“

Justeru, sebagai penyanyi, saya akan cuba menghiburkan mereka sebaik mungkin kerana mereka amat penting dalam kehidupan saya. Bagi saya, interaksi amat penting dan saya akan cuba merenung mata mereka jika sedang berkata-kata dengan mereka kerana itu akan membuatkan mereka rasa lebih dihargai.

“Walaupun saya dalam kesusahan tapi apabila berada di atas pentas, saya akan pastikan yang saya seorang saja yang merasakan kesusahan itu. Naik saja pentas, secara automatik masalah kena letak ketepi dan kita kena fokus pada persembahan kerana tugas kita adalah untuk menghiburkan mereka,” ujar anak jati Merlimau, Melaka ini.

Terlanjur bercerita mengenai konsert, tentu ada yang tertanya-tanya, apa lagi yang perlu dibuktikan penyanyi ini bagi memastikan impiannya untuk mengadakan konsert solo bertaraf mega menjadi kenyataan? Jika gusar apakah akan ada peminat yang sanggup mengeluarkan wang untuk menyaksikan konsert Anuar, persembahan Eksklusif Syawal bersama Anuar Zain jelas membuktikan segala-galanya.

Andai persembahannya sewaktu konsert Lelaki Ini di Istana Budaya beberapa bulan lalu boleh dijadikan penanda aras, tidak dinafikan sudah tiba masanya untuk penyanyi terkenal itu mengikut jejak langkah Anita Sarawak, Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza yang sudah pun mempunyai konsert solo sendiri yang berskala besar.Namun, sehingga kini, impian hanya tinggal impian. Pun begitu, walaupun terpaksa menunggu lama namun Anuar tidak pernah kisah akan hal itu kerana dia begitu memahami.

“Saya akui, sejak menghasilkan konsert solo di Istana Budaya ........ lalu, tiada tawaran lain yang saya terima. Tapi tak mengapa, saya faham, dalam keadaan sekarang ini, siapa yang berani nak keluarkan duit untuk menaja konsert saya. Mungkin mereka merasakan kurang berbaloi untuk menaja konsert saya menyebabkan sehingga kini tiada tawaran yang saya terima,” kata Anuar yang mempunyai keinginan untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Malaysia.

Biarpun kelibat Anuar jarang kelihatan dan hanya muncul untuk acara tertentu namun itu tidak bermakna dia melupakan peminatnya yang berada di ceruk desa.

“Walaupun saya kerap membuat persembahan di bandar namun saya ada juga turun membuat persembahan di kampung. Sebelum ini saya terbabit dengan aktiviti Astro iaitu Gempak Desa dan pernah membuat persembahan di Kuantan, Pahang dan terbaru pada 17 Oktober ini, saya akan ke Kluang, Johor untuk bertemu peminat di sana. Saya akui seronok dapat bertemu dengan mereka dan memang menjadi impian saya sebelum ini untuk melawat kampung dan bermesra dengan peminat saya di sana,” ujar Anuar sambil mengukir senyuman.

Teruskan legasi lagu Melayu Asli

DIA mungkin kelihatan urban bagi sesetengah pihak. Apatah lagi muzik yang diketengahkan dalam setiap albumnya berkonsepkan pop bernuansakan R&B. Malah penampilannya yang sering bergaya dengan pakaian berjenama membuatkan ramai yang tidak mengetahui bahawa semangat kemelayuan Anuar begitu menebal dalam jiwanya. Siapa sangka, dalam diam Anuar menyimpan hasrat untuk merakamkan lagu Melayu Asli.

Bukan sekadar ingin menunaikan impian sendiri tetapi menurut Anuar dia merasa bertanggungjawab untuk menghasilkan album kerana tidak mahu warisan bangsa itu terus pupus ditelan zaman.

“Kalau kita lihat remaja sekarang, andai ditanya mengenai lagu Melayu asli, masing-masing akan mencebik dan memperlekehkannya walhal kalau bukan mereka yang mengambil berat, memelihara siapa lagi. Mungkin mereka ini kurang pendedahan terhadap lagu sebegini dan untuk itu, saya merasa terpanggil untuk merakamkan album berkonsepkan Asli supaya warisan bangsa ini akan terus bertahan sampai bila-bila,” ujar Anuar.

Ditanya apakah dia akan merakamkan lagu Asli sama seperti yang pernah dilakukan penyanyi lain, Anuar menegaskan konsep dan pemilihan lagu nanti sedikit berbeza dari yang sedia ada.

“Cara nyanyian tetap tidak berubah cuma dari segi pemilihan lagu saya akan rakamkan lagu yang jarang orang dengar seperti Burung Putih, Timang Burung. Kalau kita lihat di radio misalnya, balik-balik lagu yang sama diputarkan. Jadi apa salahnya jika kita rakam lagu yang orang tidak pernah dengar supaya boleh popular,” kata Anuar sambil menyanyikan sebaris lirik lagu itu.

Bertemu adik kepada penyanyi Ziana Zain ini tidak lengkap rasanya jika tidak dikemukakan persoalan jodoh. Mengulas pertanyaan itu, Anuar berkata soal itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya buat masa ini.

“Saya kasihankan wanita yang bakal menjadi isteri saya sebab saya terlalu sibuk dengan kerja. Mungkin bila saya berhenti menyanyi nanti baru saya akan berkahwin,” ujarnya ringkas.

Pada majlis itu, Anuar menyanyikan 15 buah lagu termasuk lagu yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini iaitu Tiada Maaf Bagimu, Hanya Milikmu, Lelaki ini, Sesuci Cintamu, Ketulusan Hati serta lagu raya iaitu Bersabarlah Sayang dan Suasana Hari Raya, lagu duet popularnya bersama Ellina.

Wednesday, August 27, 2008

Anuar cuti, tumpu buat ibadat


Anuar cuti, tumpu buat ibadat
Oleh Norhayati Nordin

Bagi segelintir insan seni, mereka senang memilih Ramadan dan Aidilfitri sebagai masa ‘berehat’ daripada aktiviti hiburan.
Ruang masa itu, bukan saja dijadikan platform untuk mengerat silaturahim kekeluargaan tetapi paling utama fokus pada amalan akhirat.
Tempoh sebulan Ramadan semahunya diisi dengan pelbagai program keagamaan seperti mengaji al-Quran dan solat tarawih.
Bagi penyanyi popular, Anuar Zain, bermula awal Ramadan ini, dia akan menghentikan sementara segala kegiatan seninya.
Kata pemuda berusia 38 tahun itu, keputusan bercuti diambilnya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat serta berehat.
“Saya berasakan sudah penat bekerja dan bulan puasa ini adalah masa sesuai untuk berehat. Jadi, saya memutuskan tidak akan menerima sebarang tawaran sama ada menyanyi, sesi fotografi atau apa saja berkaitan hiburan sepanjang Ramadan ini.
“Biarlah tumpuan saya pada ibadat dan keluarga. Bukan apa, puasa tahun lalu jadual seni saya amat padat hingga tiada masa untuk bertarawih.
“Maklumlah, ada album baru dan terikat pula dengan komitmen promosi. Justeru, saya sempat tarawih dua minggu saja.
“Tidakkah ia merugikan? Oleh itu, Ramadan ini saya ingin memastikan dapat bertarawih penuh selama sebulan.
“Lagipun, selepas asyik bekerja takkan tidak boleh rehat sedikit. Sehubungan itu, saya akan pastikan semua program raya disiapkan sebelum Ramadan,” katanya.
Ditanya andai kata masih juga ada pihak mahu memberikan tawaran kerja padanya, Anuar berkata mungkin ia akan dipertimbangkan.
Namun, itu tidak bermakna dia berjanji akan melakukannya berikutan keputusan sudah dibuatnya untuk berehat sementara.
“Saya mengharapkan keputusan ini dihormati. Tempoh sebulan bukan lama kerana tahun lalu memang saya tiada peluang berbuat demikian,” katanya ditemui selepas rakaman program raya TV9, Syawal Bersama Anuar di studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam.
Berbicara lanjut mengenai karier seninya, Anuar atau nama sebenar, Shahrul Anuar Zain berkata jika tiada aral selepas Aidilfitri ini dia akan menjayakan konsert di Esplanade, Singapura.
Katanya, dia begitu teruja kerana Esplanade memang menjadi idamannya membuat persembahan.
“Ia (Esplanade) tempat yang bagus dan saya harap dapat menghiburkan peminat yang hadir. Walaupun, kapasiti penonton sekitar 1600 orang, itu sudah memadai. Apa yang penting bagi saya, peminat sama ada dari Singapura atau Malaysia terhibur,” katanya.
Selain itu, Anuar berkata, dia dalam proses mengumpul material untuk album barunya. Akuinya, sudah dua bulan mencari, belum satu pun lagu sesuai berjaya ditemui.
Bagaimanapun, Anuar tidak akan berhenti dan tetap meneruskan pencariannya.
“Saya ini, jenis yang kalau buat album pasti memerlukan satu tahun. Dalam tempoh itu, saya mencari lagu sesuai, memberi perhatian pada penyusunan muzik, tumpuan pada rakaman dan apa saja yang penting diberi keutamaan pada penghasilan album ini.
“Bukan saya untuk sekadar buat album saja. Saya perlukan kepuasan dan peminat menerima album itu yang terbaik.
“Jadi, banyak masa diperlukan dan saya perlu memilih dengan teliti,” katanya memberitahu menerima lamaran daripada komposer Indonesia.
Menyentuh satu lagi kariernya iaitu lakonan, Anuar yang pernah membintangi filem Bisikan Hati dan Soal Hati berkata, dia tidak terfikir untuk terus berlakon.
Katanya, selepas mencuba dalam dua filem itu, dia sedar tiada bakat dalam lakonan.
“Biarpun, tawaran berlakon masih banyak diterima tetapi buat masa sekarang, saya senang menolak. Ini kerana, saya tahu sejauh mana bakat saya menjadi pelakon.
“Setakat ini pun, saya dapati tidak boleh ke mana. Jadi, lebih baik saja saya melepaskannya.
“Saya lebih senang memberi fokus pada nyanyian. Itu sebenarnya karier yang sentiasa buat saya tenang dan selesa.
“Kalau lakonan, sayalah orang yang sering tidak selesa atau tenang ketika berada di set penggambaran. Bagai ada benda yang tidak kena.
“Oleh itu, jika saya ingin berlakon perlulah fikir semasaknya. Namun, sebelum ini pembabitan saya kerana hubungan persahabatan.
“Saya mahu bantu rakan dan tiada salahnya mencuba. Bagaimanapun, sekarang saya hanya mahu menyanyi,” katanya.
Pada rakaman program Syawal Bersama Anuar Zain yang akan disiarkan pada Aidilfitri kedua, jam 9 malam itu, Anuar menjayakannya dengan tiga rakan baiknya iaitu Rem, Deja Moss dan Siti Sarah Raisuddin. Ia akan berlangsung selama sejam.
Berlatar belakangkan suasana desa, Anuar turut mengundang kira-kira 20 anak yatim daripada Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK) di Puchong. Sebelum rakaman di studio, Anuar lebih dulu menjalankan penggambaran luar di Puchong.
Ditanya mengenai pemilihan rakannya, Anuar yang akan beraya di Shah Alam berkata, hanya Rem, Deja Moss dan Siti Sarah yang ada kelapangan masa ketika itu. Sedangkan seorang lagi rakan baiknya, Hazami pula terikat dengan komitmen lain.
“Saya memilih mereka bertiga kerana biarpun rapat, kami sebenarnya kurang berpeluang menjayakan persembahan di atas pentas yang sama.
“Selain itu, saya sebenarnya cukup seronok dan amat selesa sekiranya berkongsi pentas dengan rakan sendiri.
“Ini kerana, selain saling mengenali kami juga mudah bekerjasama. Masing-masing sudah mengenali karektor sesama sendiri dan semuanya senang berjalan lancar.
“Oleh itu, saya berterima kasih dengan TV9 kerana memberi kelonggaran itu.
“Termasuk pemilihan lagu. Saya tidak terlalu menumpukan pada hari raya kerana percaya peminat mahu mendengar lagu-lagu saya yang dekat dengan perasaan mereka.
“Namun, konsep raya tidak lari apabila masih mempersembahkan beberapa lagu raya,” katanya.
Pada sesi rakaman yang berlangsung hampir empat jam itu, Anuar dan penyanyi undangannya mendendangkan 13 lagu iaitu Bersabarlah Sayang, Permata, Bila Resah, Erti Kasih (Rem), Teman Terulung, Asmara Ini (Deja Moss), Lelaki Ini, Seloka Hari Raya (duet Rem/ Deja Moss), Ku Teruskan (Siti Sarah) dan Suasana Hari Raya.


Monday, June 2, 2008

Lelaki Ini masih cari wanita impian - Bintang Popular

Oleh Hardi Effendi Yaacob Foto oleh Surianie HaniffUSIANYA baru mencecah 38 tahun, namun Lelaki Ini sudah mengecapi segala-galanya yang diimpikan kebanyakan lelaki sebayanya - kemasyhuran, selain kehidupan mewah selepas menceburi bidang seni sejak sekian lama.

Namun, bagi Anuar Zain di sebalik semua kelebihan dimilikinya itu, terdapat beberapa impian masih belum terlaksana, termasuk memiliki isteri dan dikelilingi anak-anak yang bersamanya hingga ke akhir hayat.

"Itulah Anuar Zain menjelang 10 tahun lagi, dengan kehidupan saya ketika itu cukup stabil... kedudukan kewangan pun kukuh, tetapi yang penting ialah mempunyai isteri dan anak-anak. Tidak dapat dibayangkan, betapa bahagianya kehidupan saya ketika itu," katanya kepada Bintang Popular.

Biarpun sudah berkahwin dan berkeluarga nanti, beliau akan terus menghasilkan karya muzik bermutu, malah sentiasa berharap mampu mengekalkan kedudukannya sebagai penyanyi lelaki solo disegani di negara ini. "Semua persediaan sedang dibuat ke arah itu. Seperti Tan Sri SM Salim, saya akan terus menyanyi selagi hidup. Saya amat mengagumi beliau yang masih lagi menyanyi dan diminati walaupun sudah lanjut usia. Saya mahu mengikuti jejak langkahnya.

"Saya percaya, jika kita ikhlas dalam berkarya, sampai bila-bila pun akan dihargai peminat. Yang penting, sebelum saya mati, saya mahu me ninggalkan legasi (muzik) yang bermutu dan dikenang peminat sampai bilabila," katanya. Selain mengimpikan kehidupan berumahtangga dan karier nyanyian yang cemerlang, penyanyi yang mendapat jolokan 'Jejaka Idaman Malaya' ini turut memberitahu terdapat satu lagi impiannya belum tertunai hingga kini iaitu mengadakan konsert solo di sebuah lokasi besar dan berprestij. Anuar berkata, jika impian itu tercapai, ia secara tidak langsung memperlengkapkan karier nyanyiannya, malah tidak akan wujud perasaan kesal dalam dirinya sekiranya ditakdirkan beliau terpaksa meninggalkan bidang ini suatu hari nanti.

"Sebenarnya, saya mengimpikan konsert solo mengikut acuan dan cita rasa sendiri, dengan lokasi penganjurannya boleh memuatkan sekurang-kurangnya 5,000 penonton, khususnya peminat yang begitu setia menyokong saya selama ini.

"Pengurusan Anuar Zain Network Sdn Bhd, khususnya Rohila (Tahir) dan Faizah (Ismail) sedang berusaha menjadikannya realiti, lebih-lebih lagi peminat sering tertanya-tanya bilakah saya akan mengadakan konsert solo sebelum ini," katanya yang kini semakin popular dengan lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati. Diminta mengulas lanjut, Anuar berkata, mana-mana penyanyi pun pasti menyimpan impian untuk mengadakan konsert sendiri, malah ia turut dianggap sebagai kayu pengukur terhadap kemuncak kerjaya seseorang artis.

"Bagaimanapun, saya akur dengan hakikat bukan mudah untuk me ngadakan konsert solo, lebih-lebih lagi bagi penyanyi lelaki sepertinya. Itu memang lumrah industri hiburan kita. Bukan murah kos me ngadakan sesebuah konsert, semuanya mahal. "Justeru, kerjasama penaja amat diperlukan. Bagaimanapun, memang sukar artis tempatan, khususnya artis lelaki untuk mencari penaja. Itulah cabaran utama saya ketika ini dalam usaha merealisasikan impian itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau dan syarikat pengurusannya bersikap optimis, malah sering menganggap pasti ada peluang tersembunyi di sebalik setiap cabaran serta kesukaran yang dihadapi mereka.

"Ini berdasarkan sambutan menggalakkan diterima dalam A Nite With Anuar Zain baru-baru ini walaupun ia persembahan berskala kecil dan harga tiketnya agak mahal. Semoga kejayaan ini menarik perhatian penaja untuk bekerjasama menganjurkan konsert solo saya nanti," katanya. Sementara itu, Anuar menyatakan azamnya untuk mempersembahkan lebih banyak karya muzik bermutu seperti ditampilkan dalam album terbarunya, Anuar Zain (2008), malah beliau sedang sibuk mengumpul material untuk rakaman album seterusnya yang dijadualkan bermula pertengahan tahun depan.

“Saya dikritik terus, malah dikatakan tidak patriotik kerana menggunakan hasil kerja seni orang luar sedangkan saya cuma mahu melakukan pembaharuan untuk kepentingan muzik kita juga. Namun, kritikan itu tidak pernah mengecewakan saya, malah ia turut dianggap sebagai pembakar semangat. "Album itu juga laris di pasaran dan segala perbelanjaan sendiri yang dikeluarkan untuk menerbitkannya sudah pun `balik modal’. Malah, selepas saya ke Indonesia, ramai pula artis lain turut mengikuti jejak langkah saya," katanya.

Thursday, May 8, 2008

Anuar bataskan pergerakan - myMetro



Anuar bataskan pergerakan



Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my



TIDAK mahu memanjangkan kontroversi yang melingkari diri gara-gara kesediaannya untuk dipeluk dan dicium pe minat, Anuar Zain terpaksa menyekat pergerakannya se panjang persembahan A Nite With Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Jumaat lalu.


Sepanjang hampir dua jam membuat persembahan, Anuar hanya berada di pentas. Untuk tidak menghampakan pe minat, Anuar berdiri di gigi pentas untuk bersalaman dengan mereka. Menebalnya kasih peminat kepada Anuar membuatkan mereka terus berusaha untuk mendekati penyanyi itu. Di penjuru mana Anuar berdiri, di situlah mereka ber kerumun untuk bergambar dan menatap wajahnya dari dekat. Ada juga yang tidak mahu melepaskan tangan Anuar. Anuar yang sudah dapat menjangka reaksi peminat terhadap kemunculannya itu, meletakkan pengawal peribadi ber hampiran pentas termasuk di tangga pentas sekali gus menghalang peminat meluru naik ke arahnya. Meskipun dia agak terkilan dengan suasana seperti itu, namun apa lagi yang boleh dilakukannya jika hasrat murninya untuk melayan peminat tercinta menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah pihak. Anuar berkata, dia memang teringin hendak turun me nemui peminat, tetapi terpaksa menahan desakan hati kerana bimbang mengundang lebih banyak cerita negatif. “Saya mahu berjalan ke meja setiap yang hadir. Bukan senang orang hendak menyukai kita. Tetapi anda semua tahu apa akan terjadi jikalau saya buat begitu. Orang mula mengaitkannya dengan agama dan segala macam perkara.“Rasa terkilan memang ada. Ketika saya menjayakan per sembahan Minggu Setiausaha sebelum ini, suasana lebih relaks dan santai. Saya sangat menghargai peminat kerana tanpa mereka ke mana saya hendak pergi.“Mereka hanya ingin berseronok, tetapi ada pula yang salah faham dengan kenyataan saya. Terasa kekurangan persem bahan pada malam ini apabila tidak dapat mendekati pe minat.
“Bukan ini saja tetapi sejak siang tadi saya menghadapi beberapa masalah. Hendak balik selepas menunaikan solat Jumaat, tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Puas saya mencari kenderaan untuk menghadiri latihan di dewan ini.
“Tidak cukup dengan itu, sejak pagi jurutera bunyi untuk persembahan malam ini, Anthony, tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas pesanan SMS. Isterinya juga tidak tahu di mana Anthony berada. “Persembahan saya malam ini tanpa jurutera bunyi. Latihan petang tadi dan sehinggalah persembahan malam ini, saya terpaksa menggunakan siapa saja yang ada di pentas,” katanya ketika ditemui selepas selesai persembahan.Sungguhpun ketiadaan Anthony memberi masalah ke padanya, Anuar tidak bercadang mengambil tindakan kerana mereka sudah lama bekerjasama dan Anthony antara jurutera bunyi terbaik negara ini. Harapan Anuar, Anthony selamat dan dapat memberi alasan kukuh kenapa tidak muncul pada persembahan itu.Mungkin kerana ketiadaan Anthony, nyanyian Anuar lebih puas dinikmati mereka yang duduk berhadapan pentas. Malang bagi mereka yang duduk berjauhan pentas kerana nyanyian dan perbualan Anuar kurang ‘menangkap’ pen dengaran. Anuar turut menyuarakan hasrat hatinya untuk menga dakan konsert khusus buat peminat penghujung tahun ini. Namun artis Malaysia kurang mendapat sokongan penganjur. Mereka masih memberi keistimewaan kepada artis luar termasuk dari Indonesia. “Penganjur masih belum nampak kehebatan artis tempatan. Kalau ada rezeki, saya berminat mengadakan A Nite With Anuar Zain di seluruh negara. Tetapi peluang yang ada hanyalah membuat promosi album baru di pusat beli-belah.“Sebagai artis, puas apabila dapat menyanyi bersama muzik secara langsung. Apa lagi jika dapat menyanyi bersama orkestra. Kalau hendak buat konsert, mungkin di Stadium Negara dengan kehadiran lima atau enam ribu peminat.“Penganjur bukan saja tidak yakin dengan saya, tetapi artis lain juga berhadapan masalah sama. Pemikiran orang kita tidak sukakan lagu Melayu dan tidak sayangkan bangsa sendiri. Sekali gus tidak sayangkan industri muzik tempatan dan asyik mengutamakan orang luar. “Mereka sepatutnya turun padang melihat persembahan artis tempatan. Penganjur hanya nampak (Datuk) Siti Nur haliza dan Mawi, tetapi macam mana dengan artis lain. Jika penganjur terus mengabaikan artis tempatan, tiada sejarah yang dapat dicatat mengenai artis Malaysia.“Memang kecewa, tetapi ia bukan duit saya, jadi ter pulanglah kepada penganjur,” katanya.Oleh kerana bercadang untuk mengadakan konsert peng hujung tahun ini, Anuar menghadkan penampilannya pada persembahan terbuka. Atas alasan itu juga dia tidak menjayakan Minggu Setiausaha tahun ini walaupun menerima enam tawaran daripada hotel terkemuka. Pada persembahan A Nite With Anuar Zain itu juga dia menggunakan segenap ruang yang ada menyanyikan lagu popularnya. Itupun bagi Anuar tidak cukup kerana masa singkat.Malam itu Anuar menyanyikan lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Untukmu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Hanya Milikmu, Mungkin, Suara dan Siarra, Permata, Jangan Bersedih, Perpisahan, Kaulah Se galanya, Bila Resah, Teman Terulung, Lelaki Ini dan Ke tulusan Cinta. Sempat juga Anuar bergurau yang peminat hanya boleh mengambil gambarnya kerana dia tidak berani turun. “Hari ini saya tidak boleh turun. Kalau saya turun anda berani bersumpah?” katanya.Akhirnya, hanya seorang peminat cilik berjaya lolos ke pentas dan mencium pipi Anuar.

Anuar terkilan, peminat hampa - Utusan Online

Anuar terkilan, peminat hampa

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN - fadzilah.bahar@utusan.com.my



PERSEMBAHANNYA tidak membosankan.

SERIBU kenangan ditinggalkan penyanyi lelaki idaman Malaya, Anuar Zain pada persembahan A Nite With Anuar Zain yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Masakan tidak, buat pertama kali dalam diari seninya ketika mengadakan persembahan pentas, inilah baru kali pertama dia tidak turun dari pentas untuk mendekatkan diri bersama peminatnya.
Puncanya hanya satu, dek kontroversi yang dibesarkan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan isu kenyataan Anuar ‘rela dipeluk dan dicium’ sewaktu majlis sidang medianya tempoh hari.
Hakikatnya, kenyataan Anuar pada sidang media itu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.
Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada pula pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan e-mel Anuar dipeluk dan dicium sewaktu mengadakan persembahan di beberapa tempat.
Apakah motif di sebaliknya sehinggakan Anuar sendiri tersinggung dengan perlakuan tersebut?
Mengakui terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku, kerana itu A Nite With Anuar Zain menjadi sejarah baginya dan peminat apabila dia langsung tidak turun dari pentas ketika menghiburkan peminatnya.
Meskipun sebilangan besar peminat wanita menjerit-jerit memintanya turun namun dia hanya mampu tersenyum manis.
Setelah berulang kali peminatnya menjerit-jerit memintanya turun, Anuar sempat berkata: “Kalau saya turun sumpah ya tak buat apa-apa, boleh? Apa nak cium, cium tangan boleh!”
Hakikatnya, lelaki ini sememangnya tidak mampu membendung keinginan mendekati dan bermesra dengan para peminat yang sanggup membuat pelaburan besar untuk menonton persembahannya tempoh hari.
Sayang sekali, Anuar enggan mencipta kontroversi, jauh sekali mengheret dirinya dalam polemik yang panjang.
“Apakan daya kalau saya turun pastinya berlaku perkara sedemikian (dipeluk atau dicium) namun saya mengerti tindakan mereka itu kerana terlalu teruja apabila bertemu dengan penyanyi pujaan.
“Tapi apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan membesar-besarkan isu ini memberi satu tamparan kepada saya. Bayangkan sehingga ada yang sanggup menyebarkan e-mel gambar saya dicium peminat.
“Apa yang akan berlaku jika suami mereka melihat gambar-gambar tersebut. Jika ada yang bergaduh atau bercerai-berai saya tak mampu untuk membantu mereka. Saya terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku,” jelas Anuar tenang kepada wartawan sebaik berakhir pementasan A Nite With Anuar Zain.
Menyambung perbualan, anak seni kelahiran Merlimau, Melaka ini berkata, semenjak enam tahun lalu, dia tanpa gagal akan turun beramah mesra dengan peminat-peminatnya pada setiap acara yang disertainya.
“Inilah kali pertama saya tidak berbuat demikian. Saya nak sangat turun tapi saya tahan kemahuan tersebut dan saya sangat terkilan,” luahnya penuh ralat.
Lantaran pendirian yang teguh, Anuar berterus-terang tindakannya itu membuatkan sebilangan besar peminatnya hampa dan terkilan.
“Saya tahu ada peminat yang hampa, tapi sekurang-kurangnya mereka berpuas hati dengan persembahan yang telah saya berikan pada malam ini,” kata penyanyi lagu Lelaki Ini mengharapkan pengertian peminat-peminatnya.
Walaupun Anuar tidak turun dari pentas namun peminat-peminat setianya tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk mendekatinya.
Mereka sanggup berebut ke hadapan pentas untuk bergambar dan bersalam dengannya.
Melihat situasi tersebut Anuar memohon kepada peminatnya untuk berdiri membuat barisan di hadapannya.
Namun kesemua mereka enggan bekerjasama, mungkin juga berkecil hati dengan penyanyi kesayangan mereka itu.
Menghiburkan peminat seramai 1,240 orang di bawah pimpinan pengarah muzik terkenal, Mac Chew, persembahan A Nite With Anuar Zain itu bagaimanapun kata Anuar, tidak dapat dijayakan dengan mudah.
Menurutnya, sebelum persembahan itu dijayakan, dia berhadapan dengan pelbagai kesukaran antaranya keretanya rosak dan jurutera muziknya tidak muncul-muncul sehingga persembahan.
“Namun saya percaya semua itu ujian buat saya,” katanya dalam nada tenang.
Ingin mengadakan konsert
Berikutan kejayaan luar biasa pementasan A Nite With Anuar Zain itu, penyanyi berbintang Aquarius ini mengumumkan hasratnya untuk mengadakan konsert pada penghujung tahun ini.
Mendambakan sebuah konsert yang mampu dihadiri sekitar lebih 5,000 peminatnya sehingga kini Anuar masih lagi menanti penaja-penaja yang sudi merealisasikan impiannya itu.
Mengakui agak sukar untuk mendapatkan penaja namun Anuar bagaimanapun, optimis serta tidak berkecil hati dengan situasi yang sedang dialaminya ini.
“Memang sukar untuk artis tempatan mendapat tajaan bagi mengadakan konsert. Tapi saya tidak akan putus asa kerana mereka mempunyai hak untuk menaja atau tidak seseorang artis. Kita tak boleh paksa sebaliknya saya akan tetap terus mencuba menyakinkan mereka,” jelas penyanyi yang sudah 25 tahun melibatkan diri dalam industri hiburan.
Pada acara A Nite With Anuar Zain anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment itu, Anuar menghiburkan peminatnya menerusi 14 buah lagu selama lebih dua jam persembahan tersebut.
Membuka persembahan menerusi lagu Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu dan Semua Untukmu, vokal lelaki ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Jeritan dan pekikan peminatnya usah dibayangkan. Anuar bijak mengambil hati peminatnya dengan membariskan senarai lagu-lagu indah antaranya Jangan Bersedih Lagi, Perpisahan, Teman Terulung dan menutup persembahan pada malam itu menerusi lagu Ketulusan Hati.
Istimewanya persembahan pada malam itu juga, Anuar memilih menyampaikan lagu-lagu popularnya tanpa sebuah pun lagu Inggeris mahupun lagu artis-artis lain.
“Semuanya kerana peminat. Saya mahu mereka berhibur dengan lagu nyanyian saya. Persembahan ini untuk mereka (peminat), jadi mereka harus diraikan dengan lagu-lagu saya, bukan lagu-lagu orang lain,” jelasnya mengenai rasional pemilihan lagu tempoh hari.
Itulah pendirian lelaki bernama Anuar Zain.

'Faham-faham sajalah jika saya turun pentas' - Berita Harian

Faham-faham sajalah jika saya turun pentas
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
DIGILAI RAMAI: Anuar tidak putus-putus dikerumuni peminat.

PENYANYI Anuar Zain mengaku dia amat terkilan apabila tidak dapat turun ke pentas beramah-mesra dan mendekati penonton yang hadir menyaksikan persembahannya pada acara A Nite With... Anuar Zain di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Selalunya, artis yang kini tampil menggayakan rambut potongan pendek ini akan turun dari pentas, menghampiri peminatnya tatkala mengadakan persembahan. Namun, keadaannya amat berbeza 2 Mei lalu apabila penyanyi ini terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, bagi mengelakkan sebarang kontroversi. Pada sidang akhbar mengumumkan persembahannya itu baru-baru ini, kenyataan pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini menarik minat sesetengah pihak untuk memperkatakannya sehingga ia menjadi sebuah isu. Kononnya, Anuar merelakan peminat mencium dirinya pada persembahan itu.
"Saya memang teringin sekali hendak turun (dari pentas), bertemu peminat dari meja ke meja seperti biasa. Tetapi, faham-faham sajalah apa akan jadi jika saya berbuat demikian. Jika boleh, saya ingin memuaskan hati semua orang yang datang. "Ini hanyalah sebuah persembahan. Namun sebahagian daripada kita melihatnya dengan pandangan berbeza. Lalu, jika mereka menganggapnya suatu tindakan yang tidak betul, hendak tak hendak saya kena lupakan hasrat untuk turun menemui peminat di bawah sana. Amat menyedihkan juga apabila saya berasakan sesuatu sudah hilang dalam persembahan ini. Saya terpaksa melakukannya untuk mengelakkan kontroversi," katanya ketika ditemui sebaik saja tamat persembahan. Pada malam itu, dewan berkenaan penuh sesak dengan 1,240 peminat penyanyi berusia 38 tahun itu. Penyanyi lelaki paling digilai peminat wanita ini menyampaikan kira-kira 16 lagu pada majlis berkenaan, dalam persembahan yang memakan masa hampir sejam setengah.


Mengukur kejayaan dari segi sambutan peminat, biarpun harga tiketnya agak mahal (dari RM300 hingga RM650, serta pakej satu meja dari RM3,000 hingga RM6,500), lalu tidak teringinkah adik penyanyi Ziana Zain ini merancang kemunculan pada konsert sendiri pula dalam masa terdekat? "Kami sebenarnya ada membuat perancangan untuk mengadakan konsert sebelum berakhirnya tahun ini. Kerana perancangan itu juga, maka saya membataskan kemunculan di persembahan terbuka. Saya menerima enam tawaran mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, tetapi menolaknya kerana tidak mahu terlalu banyak pendedahan. Saya sendiri sudah agak lama tidak mengadakan persembahan. Kiranya A Nite With ini sebagai pengubat rindu buat peminat. "Berbalik kepada rancangan mengadakan konsert, ketika ini kami mencuba sedaya upaya mendekati beberapa pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama. Daripada penganjur sehinggalah kepada gelanggangnya, semua itu harus dibincang dengan sebaiknya. Apatah lagi hal ini membabitkan duit mereka. Jika ada pihak yang ingin membantu artis tempatan, ia amat dialu-alukan. "Mengadakan konsert sememangnya menaikkan taraf seseorang penyanyi. Pada hari ini pula, amat mengecewakan jika kita melihat kepada jumlah penyanyi tempatan yang berjaya mengadakan konsert," kata Anuar yang kelihatan kecewa apabila syarikat gergasi negara ini lebih berminat menaja persembahan besar-besaran penyanyi luar negara.
Konsert yang diidamkan Anuar semestinya membabitkan pemuzik orkestra dan dia lebih suka sekiranya persembahan itu nanti dapat dilangsungkan di stadium tertutup. "Jika saya berjaya menarik minat 4,000 hingga 5,000 penonton, ia sudah cukup membanggakan. Persembahan itu nanti juga pasti lebih dekat dengan peminat, dengan jumlah yang sedemikian," kata jejaka berbintang Aquarius ini. Mengenai persembahannya pada majlis anjuran Sutra D’Mega Event & Entertainment itu, Anuar mengaku berpuas hati walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi beberapa jam sebelum persembahan. "Mula-mula sekali kereta saya rosak, diikuti pula dengan kehilangan jurutera bunyi yang sampai sudah tidak muncul-muncul. Jadi, agak bermasalah jugalah ketika kami mengadakan ujian bunyi. Tidak pernah ujian bunyi saya mengambil masa hingga berjam-jam lamanya. Saya harap, dia mempunyai alasan yang kukuh, mengapa dia tidak datang pada malam ini. Saya sudah lama bekerja dengannya. Jadi saya harap tidak ada apa-apa berlaku padanya," ujar Anuar yang melihat semua masalah itu sebagai ujian buatnya. Malam itu, Anuar yang menampilkan persembahan bertenaga mengalunkan banyak lagu popularnya, petikan album baru dan lama. Tiada satu pun lagu penyanyi lain dinyanyikan, membuatkan persembahan malam itu cukup bermakna lagi istimewa buat peminat setianya. Lagu yang dipilih Anuar pada kali ini ialah Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Semua Untukmu, I’m The Lucky One, Kau Bunga Cintaku, Hanya Milikmu, Mungkin, Suria & Siarra, Permata, Jangan Bersedih Lagi, Perpisahan, Kaulah Satunya, Bila Resah, Teman Terulung (duet bersama wartawan Shahrudin Mustaffa), Lelaki Ini dan Ketulusan Hati. Sejak minit pertama persembahan, peminat yang kebanyakannya perempuan tidak habis-habis menghampiri penyanyi ini untuk bersalam, mengambil gambar dan memberikan hadiah. Kelihatan juga beberapa lelaki yang mengawal ketat persembahan, bagi mengelak peminat terbabit menyerbu penyanyi berkenaan di atas pentas. Namun, peminat paling bertuah tentunya seorang kanak-kanak perempuan yang diajak Anuar menaiki pentas tatkala dia melagukan irama indah, Lelaki Ini. Dan, kanak-kanak terbabit tidak melepaskan peluang mencium pipi penyanyi tersohor ini, disambut tepukan gemuruh penonton.


Saturday, April 12, 2008

Mahu peminat berseronok cara 'bersih' - Berita Harian Malaysia


DEMI PEMINAT: Anuar mahu peminat seronok menyaksikan persembahannya nanti.

Mahu peminat berseronok cara 'bersih'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

BERSERONOK biarlah ada batasnya. Itulah permintaan penyanyi yang kembali menghangatkan pentas hiburan tanah air dengan lagu berhantunya Lelaki Ini dan Ketulusan Hati untuk peminatnya yang akan menghadiri majlis A Nite With... Anuar Zain pada 2 Mei bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. "Saya tidak kisah jika mereka bermesra dengan saya kerana sememangnya matlamat persembahan malam itu adalah untuk mewujudkan suasana seronok bagi peminat yang datang. Namun, tentulah ada batasannya. Apa yang kami mahukan keseronokan yang ‘bersih’ dan jauh sekali melampaui batas," katanya pada sidang akhbar mengumumkan acara berkenaan di La Bodega, The Pavilion, baru-baru ini. Sambil tersenyum Anuar memberitahu, dia sendiri mahukan peminat berasa gembira apabila menghadiri majlis makan malam terbabit, seterusnya menyaksikan dia beraksi. Pembabitan peminat dalam persembahannya nanti cukup dialu-alukan artis ini dan mereka sendiri boleh berbuat apa saja, asalkan tidak keterlaluan.
"Saya tahu, peminat hanya ingin berseronok dan itulah juga matlamat penganjuran A Nite With... Anuar Zain. Apabila mereka berasa seronok, mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga, sebaik saja pulang ke rumah," katanya. Majlis anjuran Sutra D’Mega Event & Entertainment itu bakal menyaksikan Anuar mengadakan persembahan diiringi sekumpulan pemuzik di bawah pimpinan Mac Chew. Bertemakan glamor, Anuar mahu peminatnya datang dengan pakaian yang cantik bagi menimbulkan suasana meriah pada acara berkenaan. Mengikut perancangan, dia dijangka menyampaikan sebanyak 17 hingga 19 lagu, sama ada secara penuh mahupun medley.

"Kebanyakan lagu yang saya pilih adalah daripada album pertama hingga ketiga serta beberapa lagu daripada penyanyi lain yang menjadi kegemaran saya. Kali ini, saya tidak langsung menyanyikan lagu Inggeris kerana saya berasakan, mengapa tidak saya memberikan penghargaan kepada khazanah lagu tempatan dan nusantara?" katanya. Berhubung tempoh masa persembahannya, Anuar tidak meletakkan jangka masa tertentu kerana semuanya bergantung kepada tindak balas peminat pada malam itu. Ditanya apakah majlis berkenaan diadakan sebagai gantian kepada acara Minggu Setiausaha, Anuar menafikannya sambil berkata, berikutan kesempatan mengadakan persembahan secara live olehnya tidak begitu banyak pada tahun ini, maka dia berasakan majlis makan malam itu paling sesuai untuk dia berbuat demikian, demi kepuasan peminat. "Lagipun, persembahan ini bukannya menggunakan muzik minus one. Jadi, ia boleh berlangsung selama mana yang peminat mahukan," ujar penyanyi yang cukup gembira apabila album terbaru, Anuar Zain, berjaya dijual melebihi 25,000 unit dalam tempoh empat bulan di pasaran.

INFO: A Nite With... Anuar Zain
  • TIKET menghadiri majlis makan malam dan menyaksikan persembahan Anuar Zain di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, jam 8 malam, 2 Mei (Jumaat) nanti boleh ditempah dengan menghubungi Sutra D’Mega di talian 03-77274515, atau berkunjung ke kedai muzik Music Valley dan Tower Records. Peminat juga boleh membuat tempahan di laman web http://www.ticket2u.biz/

  • Tiket berharga RM300, RM350, RM400 dan RM650 (tiket istimewa) yang dijual tidak terlalu mahal seandainya persembahan yang diberikan meninggalkan kesan mendalam serta menyeronokkan peminat.
  • Bagi acara berkenaan, pakej meja berharga RM3,000, RM3,500, RM4,000 dan RM6,500 turut dijual.




Wednesday, April 9, 2008

No MONEY, no ROCK - The New Paper (SG) Apr 2, 2008


No MONEY, no ROCK
M'sian singer Anuar Zain is an A-list star, but he has no sponsors for first solo concert here
HE may be an A-list artiste in Malaysia.
By Sheela Narayanan
02 April 2008

HE may be an A-list artiste in Malaysia.
But when it comes to paying to hold his first solo concert across the Causeway, singer Anuar Zain doesn't have the money.
In a recent telephone interview with The New Paper from Kuala Lumpur, the 37-year-old singer said he needs about RM1.5 million ($650,000) to stage the show.
His predicament comes as a surprise considering that Anuar - brother of fellow artiste Ziana Zain - has been in the music business for over 10 years and is considered to be one of the big names in Malaysia.
So what's the problem? No sponsors, Anuar said.
'Being an A-lister doesn't promise you anything,' he said.
'The big companies, especially the big telcos (telecommunications companies) prefer to sponsor international or Indonesian acts.'
He pointed out the slew of concerts in Malaysia, like the Sunburst KL International Music Festival last month that had George Clinton and John Legend in the line-up.
Indonesian pop rock band Peter Pan, too, has a major Malaysian telco backing their tour around the Peninsula.
For Anuar, his plan is to hold his own concert in KL later this year.
But he explained that he needs money to pay for the rental of the venue, bringing in Indonesian musicians, as well as other logistics like putting together a state of the art sound and lighting systems.
Anuar left Malaysian company Syncrosound Records Label Music in 2004 over a dispute about his royalties.
Since then he has been an independent artiste. He released his third self-titled album last year.
While he declined to reveal how much he spent on it, he told The New Paper in an ealier interview that he could have made two albums with what he spent on this one.
He spent between RM20,000 and RM25,000 on promoting it.
And since he is not represented by a major recording label now, it is up to him to drum up the sponsors himself.
'Since this is my first solo concert, I want to do a grand one that will leave an impact on my audience,' he added.
'Which is why we need the big bucks. If I did it on my own, I might not recover the losses.'
Anuar, whose full name is Shahrul Anuar Zain, has not done a big solo concert in his professional singing life.
He has either performed with other singers as part of an awards show or in small solo shows in intimate surroundings like a club or at dinner and dances.
Anuar started in the music business in his teens but took a 10-year hiatus to join Malaysia Airlines as a steward.
In 1998, he returned to the music business with his first self-titled album.
He has seven albums under his belt and multiple music awards.
Anuar said he had been thinking about staging this solo show for the last three to four years.
If he is able to pull it off, the concert will be part of his promotion for his third self-titled album, which he released through his own company Anuar Zain Network last year.
He said he is not planning on having an opening act or guest performers.
'I think I can do this on my own,' he added.
But artistes in the Malay music industry say it is not always easy to take the independent, self-financed route in the business.
Performer Imran Ajmain, who has staged several independent solo concerts in Singapore, says it is 'a very expensive enterprise' to mount a concert without sponsors.
The 27-year-old Singaporean singer, who runs Beats Society, an organisation he set up to raise awareness of Singaporean hip-hop groups, said he was not able to recoup his losses.
'In the past, I made a mistake of paying out of my own pocket for my concerts and relying on ticket sales to recoup expenses,' he added.
'The way to have a successful concert is to get sponsors to advertise in your show.'
Anuar, though, is determined to stay positive despite his difficulties in getting his concert off the ground.
'It is challenging, but I will keep trying,' he said.

Tuesday, March 18, 2008

Anuar tolak undangan Raja Azmi - Berita Harian [17 Mac 2008]


Anuar tolak undangan Raja Azmi
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL (shazryn.faizal@utusan.com.my)


“CUKUPLAH dua filem lakonan saya sebelum ini. Secara peribadi, saya merasakan berlakon tidak memberi kepuasan kepada saya.”

Itu reaksi penyanyi lelaki idaman gadis-gadis di Malaysia, Anuar Zain ketika diminta mengulas mengenai lamaran penerbit filem kontroversi, Raja Azmi yang mahu menawarkannya berlakon dalam filem terbarunya, Anu Dalam Botol.

Portal hiburan murai.com.my baru-baru ini melaporkan Anuar merupakan calon utama yang menjadi pilihan Raja Azmi dalam filem yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang menjalani pembedahan pertukaran jantina itu.

Berkali-kali Anuar yang pernah membintangi filem Soal Hati (2000) dan Bintang Hati (2004) menegaskan, pintu hatinya belum terbuka lagi untuk kembali ke lokasi penggambaran filem.

Pada masa yang sama, lelaki yang memiliki nama penuh Shahrul Anuar Zain ini memberitahu, dia bukan dilahirkan sebagai seorang pelakon dan dia tidak mahu dilabel sebagai perosak.

“Berlakon tidak banyak beri saya kepuasan berbanding dengan dunia nyanyian. Lagipun, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian.

“Seandainya kita tidak mendapat kepuasan dalam sesuatu yang kita lakukan, itu tandanya tiada keikhlasan dalam pekerjaan yang kita lakukan,” ujar Anuar menjelaskan pendiriannya.

Dan seperkara lagi, Anuar memohon pertimbangan daripada mana-mana syarikat produksi yang mungkin terlintas di fikiran mereka untuk menawarkannya berlakon supaya melupakan saja hasrat murni itu.

“Saya tetap dengan pendirian saya, tidak akan berlakon buat masa sekarang,” ujar Anuar sambil mengakui dia hanya mengetahui mengenai hasrat Raja Azmi selepas berita itu tersiar sebelum penerbit wanita itu menghubunginya dan membuat tawaran.

Bahkan, laporan berita itu juga kata Anuar, mencetus reaksi yang pelbagai daripada peminat setianya.

Sementara itu, Anuar melahirkan rasa gembiranya kerana album solo ketiganya, Anuar Zain yang memuatkan lagu-lagu hits seperti Lelaki Ini dan Ketulusan Hati mendapat tempat dan diterima ramai.

Menurut Anuar, dia difahamkan selepas empat album dipasarkan, album berkenaan sudah terjual 30,000 unit.

“Itu satu petanda yang baik walaupun banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi sewaktu menghasilkan album ini.

“Pengorbanan saya dibalas dengan sokongan peminat setia saya yang tetap setia menanti kelahiran album saya selama lima tahun,” jelas Anuar merakamkan penghargaan kepada peminat-peminat setianya.

Meskipun angka jualan berkenaan masih belum memberi peluang kepada Anuar untuk menampung kos pelaburannya, namun, penyanyi tampan itu tidak ralat.

“Saya tidak kisah mengenai pulang kerana yang penting ialah kualiti yang ditampilkan telah membuatkan peminat saya cukup puas hati dan menerima album itu dengan hati yang terbuka,” kata Anuar yang bakal mempersembahkan lagu Ketulusan Hati pada acara Anugerah Bintang Popular 2007 (ABP2007), 30 Mac ini.

Hikmah di sebalik album itu juga, jelas Anuar, apabila album tersebut dicalonkan untuk Album Terbaik, Artis Lelaki Terbaik, Lagu Paling Popular (Lelaki Ini) dan Artis Lelaki Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2008 (APM2008) yang bakal berlangsung pada 20 April depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bukan itu sahaja, apa membuatkannya begitu teruja, lagunya Tinggalkan Aku turut dimainkan di stesen-stesen radio Indonesia dan berjaya memasuki carta lagu popular di sana.

Mungkin tidak mahu menunggu lama melahirkan album seperti sebelum ini, jejaka yang dilahirkan pada 15 Februari 1970 ini memberitahu, dia kini sedang dalam proses mengumpul bahan untuk album terbarunya yang dijangka berada di pasaran tahun hadapan.

“Jika album ketiga saya lebih kepada produksi yang berskala besar, namun album seterusnya ini saya mahu tampil dengan produksi yang minimum.

“Maksud saya, melodi dan liriknya ringkas tetapi pada masa yang sama memberi kesan terhadap pendengar. Malah, melodi yang hanya diiringi dengan petikan piano sahaja juga sudah memadai bagi saya,” ujar pemilik vokal Keabadian Cinta ini lagi.

Saat ditanya adakah dia masih mahu mengekalkan ciptaan komposer Indonesia dalam buah tangan terbarunya nanti, Anuar menjelaskan kali ini, dia membuka peluang kepada semua komposer agar dapat mewarnai albumnya itu.

“Malah saya juga mengalu-alukan ciptaan komposer baru untuk saya muatkan dalam album saya kelak. Setakat ini, sudah ada beberapa lagu yang saya terima tetapi masih belum berkesempatan untuk mendengarnya lagi,” jelas anak kedua daripada lima beradik ini.

Pemenang Vokal Lelaki Terbaik AIM sebanyak dua kali ini juga memberitahu, untuk tahun ini dia akan ‘berehat’ daripada menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha selepas enam tahun terlibat menghiburkan peminatnya.

“Namun, sebagai pengganti, saya akan mengadakan satu showcase khas pada bulan Mei nanti. Hanya untuk satu malam sahaja dan saya berharap sebaik sahaja pengumuman dibuat nanti, peminat saya akan segera membuat tempahan. Takut nanti tak dapat tempat, kecewa pula,” katanya tersenyum.

Source: Utusan Malaysia Online

Wednesday, February 13, 2008

Danga Bay Chinese New Year - 16 Feb 2007

SILKY CROONER: Malaysia’s prince of pop, Anuar Zain, is set to take the night by storm.

CATCH Anuar Zain and Reshmonu at the Danga Bay Chinese New Year celebrations at Danga Bay, which promises to be just as big a party as the one on New Year's Eve.
The Feb 16 concert to mark the end of the festival will also see performances by Astro's Top Five Talent Quest winners, Rynn Lim Yu Zhong and Joice Kok from Singapore.
Fondly called Malaysia's prince of pop, Shahrul Anuar Zain or Anuar Zain is renowned for his silky vocals. The 36-year-old's latest self-titled album has sold more that 21,000 copies in two months.
Anuar will be joined by Malaysian hip-hop star Reshmonu whose groovy songs such as Walk Away, Cintaku Pergi and Hey Waley have made it big on the charts.
The 31-year-old father of one, who is known as much for his hairstyles as his songs, has won three Anugerah Industry Music Awards for Best Male Vocalist, Best English Artiste and for Best Engineered Album in 2004.
In keeping with the multicultural flavour of the night, the celebrations will feature Chinese language acts such as singer/actor Rynn Lim Yu Zhong who is best known for his pop album In the Rain.
Singaporean Joice Kok, known as "Guo Mei Mei", is also expected to fire up the concert with hit singles Bu Pa Bu Pa (Not afraid, not afraid) and Loshi Ai Da M? (The Mouse So Loves The Rice).
The 2007 Top 5 Astro Talent Quest winners have released their first compilation album, We Will Meet Again, and the concert will see them performing their signature songs.
They are Zax Lee (Retreat), Wayne Chang (Hug You Once Again), Christy Tan (I Still Love You), Crystal Wong (To Be With You) and Jyin Poh (That Day).
In keeping with the Lunar New Year tradition, some 50,000 mandarin oranges will be given out.
There will also be lion dance performances and cultural shows depicting the unique potpourri of the rich cultural traditions of Malaysia.
The event is jointly organised by the Johor government, Iskandar Regional Development Authority, South Johor Investment Corporation (a Khazanah Nasional Bhd-linked company) and Danga Bay.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman will open the celebrations at 8pm and if the reception and crowd at the New Year's Eve concert is anything to go by, expect a huge turnout and a merry atmosphere.
Source:http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Features/2149286/Article/index_html

Tuesday, February 12, 2008

Kejutan di Kota Bharu - Berita Harian, Malaysia



Kejutan di Kota Bharu
Oleh Farihad Shalla Mahmud






Finalis ABPBH2007 terharu dengan sambutan hebat peminat negeri Cik Siti Wan KembangKUNJUNGAN kali pertama rombongan finalis dan krew Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) ke negeri Kelantan Darul Naim, Sabtu lalu mencatat kenangan terindah buat semua apabila di sambut dengan penuh meriah oleh penduduk negeri terbabit.Hilang rasa penat selepas seharian berada di dalam perut bas dan menempuh perjalanan yang panjang sebaik saja melihat senyuman dan keramahan peminat dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini ketika menyambut kedatangan kami ke pusat membeli belah KB Mall, di Kota Bharu yang menjadi lokasi pertama siri promosi jelajah ini diadakan.Keriangan jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat artis kesayangan yang selama ini hanya mampu dilihat di kaca televisyen atau di dada akhbar dan majalah kini menjelma di hadapan mata mereka. Tidak dapat digambarkan betapa seronok dan terujanya mereka bertemu dengan finalis seperti Anuar Zain, Sheila Rusly, Fara Fauzana, Mila, Diddy, Pierre Andre, Bard R1, Zul Yahya, kumpulan Sofaz, Rabbani dan Jinbara. Lenyap sudah debaran yang sebelum ini bersarang di jiwa gara-gara bimbangkan bagaimanakah bentuk sambutan yang diterima memandangkan ini adalah kali pertama siri jelajah promosi acara penuh berprestij ini diadakan di Kelantan.
Lebih menarik lagi, acara ini disaksikan lebih 5,000 pengunjung yang sudah pun memenuhi kompleks itu sejak jam 1 tengah hari lagi walaupun persembahan sebenar hanya di mulakan dua jam kemudian.Membuka tirai persembahan, penyanyi cilik, Ikhwan diundang menyampaikan lagu Mentera Semerah Padi yang pernah dipopularkan M Nasir. Bagaikan meminjam semangat lagu itu, acara yang memakan masa selama hampir empat jam itu cukup bersemangat dengan kesetiaan yang ditunjukkan pengunjung petang itu.Sebaik Ikhwan mengundurkan diri, pentas sederhana besar itu diambil alih tiga pengacara sensasi yang memang ditugaskan menggamatkan suasana. Bayangkan bagaimana pengacara bermulut bertih jagung, Sheila Rusly dan bekas pemenang kategori Pengacara Wanita Popular, Fara Fauzana bertemu empat mata? Jawapannya, memang kecoh dan boleh runtuh pentas jadinya.Ada saja idea mereka untuk mengenakan penonton.
Dan, Sheila membuktikan bahawa perubahan dari segi imej iaitu tampil mengenakan tudung bukan halangan untuk dia terus menghiburkan peminat dengan lawak jenaka selambanya itu. Dan diakui, bukan saja semakin jelita tetapi Sheila juga semakin selesa dengan imej barunya itu.Walaupun penyanyi wanita tidak dibenarkan membuat persembahan, namun itu bukan halangan kepada Mila menghiburkan peminat yang selama ini begitu setia menyokongnya. Kemunculannya walaupun sekadar mengendalikan segmen peraduan sudah cukup mengubat kerinduan peminat yang kepingin melihat wajahnya dari dekat.
Begitu juga dengan Pierre dan Zul. Walaupun tidak membuat persembahan namun mereka tetap diberi peluang sama rata seperti penyanyi lain untuk muncul di atas pentas sambil mempromosikan diri mereka ataupun memancing undi peminat dari pantai Timur ini.Kemunculan finalis AF4, Diddy membawakan lagu Hilang dan Lena juga mendapat sambutan luar biasa dari peminat. Paling melucukan ada di antara mereka sanggup menunggu di luar bas semata-mata untuk melambai dan merakamkan foto penyanyi tinggi lampai ini.
Kehadiran penyanyi kacak dan bersuara mantap, Anuar Zain turut mencuri tumpuan penonton. Seperti biasa sebaik saja lelaki ini muncul di atas pentas, laungan serta jerit sorak penonton yang datangnya dari penonton wanita menguasai suasana.
Acara petang itu menjadi lebih gamat apabila dua kumpulan yang bersaing dalam kategori Artis Berkumpulan/Duo popular tampil membuat persembahan. Malah, sewaktu mereka membuat persembahan, penonton bagaikan terpaku melihat persembahan ala lepas geram dari kedua-dua band terbabit.Selain dihiburkan dengan nyanyian, peminat juga berpeluang memenangi hadiah menerusi kuiz yang disediakan penganjur. Orang ramai juga kelihatan berpusu-pusu membeli pelbagai barangan cenderahati yang dijual bersempena edisi khas ABPBH07 seperti baju T berkolar dan berkolar bulat, topi dan tali penyandang.
Pujian sewajarnya diberikan kepada peminat di sini kerana sikap ‘sporting’ mereka yang tidak kisah membuat apa saja demi menghidupkan suasana menjadikan acara yang memakan masa hampir empat jam itu tidak membosankan.

Monday, January 28, 2008

BIAR IKHLAS - Cyberita (Singapore)

BIAR IKHLAS
Anuar Zain sanggup keluar duit sendiri untuk lihat industri rakaman terus berkembang
Oleh Hanim Mohd Saleh (Berita Harian-Sabtu 26 Januari 2008)

WALAUPUN dah lama mengenali Anuar Zain sebagai antara artis lelaki terbaik di rantau ini, terus terang, saya sebelum ini bukan peminatnya.

Kenapa?

Mungkin kerana lagu-lagunya sebelum ini terlalu bersifat 'me- nunjuk-nunjuk' kehebatan vokal- nya yang mampu menembusi pelbagai tahap nada lagu. Lagu-lagu- nya pula terlalu banyak yang bernada tinggi.

Namun menyaksikan persembahan Anuar secara 'live' dalam konsert Suara Hati bagi pungutan Tabung Amal Aidilfitri siaran Suria minggu lalu, mengubah tanggapan itu.

Dengan penampilan yang cu- kup sederhana dan kemas, beliau berdiri di atas pentas, melahirkan seluruh jiwanya dengan tarikan suara yang cukup ikhlas kedengarannya. Tiada lagi sifat 'keterlalu- an' dalam persembahan vokalnya. Hebat dan terkawal.

Lebih daripada itu, menyelami setiap rakaman muzik yang terda- pat dalam album terbarunya, saya melihat kesungguhan Anuar memastikan setiap inci rakaman album itu dihasilkan dengan bunyian terbaik.

Tak dapat saya bayangkan ringgit yang mencurah daripada poketnya sendiri untuk membayar para pemain string bagi setiap lagu yang dimainkan, bukan menggunakan synthesiser yang dirakamkan dulu dalam komputer.

Kesungguhannya ini seharus- nya lebih diperkatakan berban- ding dengan kontroversi beliau menggunakan lebih ramai penggubah Indonesia (bagi tujuh lagu) dan hanya tiga penggubah Malaysia yang sedikit sebanyak memba- yangi mutu sebenar album tersebut. Lagu Lelaki Ini, Bidadari, Teman Terulung dan Kau Bunga Cintaku kesemuanya mempunyai su- sunan muzik yang cukup halus dan terperinci.

Ketika ditemui selepas ranca- ngan, Anuar berkata segala berita negatif mengenai pemilihan penggubah Indonesia serta kes mahkamah yang membabitkan tuntutan saman syarikat Syncrosound terhadapnya kerana melanggari perjanjian kontrak tidak menjejas penjualan album itu. Kes itu bagaimanapun dibatalkan kerana pihak pendakwa didapati tidak bersedia untuk meneruskan tuntutan.

'Saya tak pernah kata saya le- bih gemar penggubah Indonesia. Sebenarnya saya undang penggubah dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina untuk buat lagu untuk saya.

'Ternyata, pihak Indonesia begitu cepat memberi respons berban- ding yang lain,' kata penyanyi berusia 35 tahun itu.

Apabila ditanya mengapa beliau berani menghasilkan album baru sedangkan kebanyakan syarikat rakaman Malaysia hanya mengeluarkan album kompilasi sejak dua tahun lalu, Anuar berkata beliau mahu melihat industri rakaman terus berkembang.

'Kita harus ikhlas dan percaya dengan kemampuan artis-artis kita. Kita perlu sentiasa ada album baru yang segar agar industri terus berkembang.

'Kalau semua pihak hanya berani mempertaruhkan album kompilasi, industri akan suram dan boleh mati perlahan-lahan. Apabila terlalu banyak album kompilasi, masyarakat yang dahagakan pembaharuan akan mula mencari artis luar.

'Nak salahkan siapa kalau orang ramai tak sokong artis sendiri yang hanya keluarkan album kompilasi,' kata penyanyi tersebut.

Anuar terus tersenyum biarpun soal perbelanjaan yang dikeluarkannya sendiri untuk album itu diungkitkan. Berapa jumlahnya, biarlah rahsia, kata adik penyanyi Ziana Zain ini.

'Untuk menghasilkan mutu yang kita mahukan, terpaksalah berdikari dan berani keluar duit sendiri. Apabila kita bayar sendiri produk itu, kita boleh kawal setiap aspek rakaman.

'Tak mengapa saya banyak keluar duit, kerana saya tahu produk yang bagus dan ikhlas akan memberi pulangan baik dalam jangka masa panjang,' tambah beliau.

Sememangnya, album yang bertajuk Anuar Zain itu lebih mahal daripada harga pasaran biasa (antara $18 dengan $20), tetapi de- ngan mutu albumnya, wang dibelanjakan memang berbaloi.

Tuesday, January 22, 2008

Sinaran Hati Klasik 2008 [The New Paper & ChannelNewsAsia]

Negative publicity positive for Anuar
Singer unfazed as he deals with court wrangles and accusations that he is courting Indonesians
- By Sheela Narayanan January 22, 2008, The New Paper

ANUAR Zain has once again lived up to his reputation as Mr Clean.

A talented performer, Anuar Zain has been winning accolades for his singing since he was a teenager. -- A whiff of controversy hit the 37-year-old singer recently when his former recording company, Syncrosound Records Label Music filed a breach of contract suit against him.
But in an interview with The New Paper here after a performance at the charity television show Sinaran Hati (Ray Of Hope) last Friday, he revealed that the court case had been thrown out.
He claimed: 'The other side had no evidence and they kept delaying the paperwork. So the judge threw it out.'
The Utusan Malaysia reported that Syncrosound, which filed the suit in 2006 at the Kuala Lumpur High Court, alleged that Anuar had breached his contract with them.
He was supposed to have recorded three albums with the company from 2001 until 2005.
Instead it was alleged that he had finished only one album before terminating his contract in 2004.
Anuar then counter-sued the company, alleging that he made two albums and that the recording company did not pay him royalties.
'From 2001 to the point where the suit was filed, I received only RM2,000 ($879) from the company,' he said.
However the suit was thrown out last month due to lack of evidence.
Anuar's lawyer Mr Aizul Rohan Anuar told The Utusan Malaysia that the Synchrosound's lawyers had also failed to show up for the proceedings.
Obviously the legal wrangle has not affected Anuar's popularity or the album sales of his latest self-titled effort, which was released last year.
His album sold more than 25,000 units in Malaysia and he is planning to promote it in Indonesia this year.
Anuar has also received flak from the Malaysian music industry for having too many Indonesian producers, arrangers and songwriters on his album.
But the singer steadfastly holds on to his mantra: Good music knows no national boundaries.
Anuar, whose full name is Shahrul Anuar Zain, has been in the business since he was a teenager with his equally popular sister, Ziana Zain.
Commenting on the negative publicity he has received lately, Anuar said: 'I don't think people are concerned that much about what is being said.
'Then again, any publicity is publicity isn't it?'
CROWD DARLING
It was apparent during his performance at Sinaran Hati, where he performed two songs, that Anuar is still a crowd darling. The audience at MediaCorp's TV Theatre kept shouting 'Awesome' and 'Hot, hot'.
After the event, local artistes like Aliff Aziz - last year's Anugerah winner - were waiting outside the dressing room gunning for an autograph with the handsome singer.
Sinaran Hati is the annual charity event that raises funds for the underprivileged. The proceeds go to the Tabung Amal Aidilfitri Trust Fund.
Along with Anuar, Ramli Sarip, considered the 'sifu' of local rock music also performed at the event.
The show, which is in its second year, was hosted by Najip Ali and Hazlina Halim and was telecast live.
Last year it raised $297, 142.
This year's event upped the amount to $404, 232 by the end of the show.
An encore telecast of Sinaran Hati will be aired over Suria on 27 Jan at 11am.



Malay charity foundation collects close to S$1m in donation drive
By Ahmad Dhafeer, Channel NewsAsia Posted: 18 January 2008 2303 hrs



SINGAPORE: Malay charity foundation Tabung Amal Aidilfitri (TAA) has collected close to S$1 million, in its annual donation drive.

And all its effort culminated in a charity concert, which was telecast live on MediaCorp's Suria Channel on Friday at 8.30pm.

Top local Malay artistes performed at the event called 'Sinaran Hati' which means 'Ray of Hope'.
Among them were winners from 'Live The Dream' competition, soloist Fendi and top band 'By Definition'. Malaysian heart-throb Anuar Zain was also specially flown in.

Guest of honour for the event was Speaker of Parliament Abdullah Tarmugi.
Viewers were encouraged to call in throughout the two-hour show to make a donation. All proceeds will go to various charity organisations and needy families.
This is the 10th year TAA is collaborating with Suria Channel.
Over S$400,000 were collected through telephone donations organised by MediaCorp's radio station, Warna, and donation boxes located around the island.
To encourage more people to donate, TAA introduced new initiatives in 2007 including 'meals for charity' and a lucky draw. - CNA/vm




Tuesday, November 27, 2007

e C e n t r a l - Scent of success

By AZHARIAH KAMIN

Mesmerising. That’s the word that came to this writer’s mind while listening to Anuar Zain’s songs in his latest self-titled album. His crisp clear vocals complemented by the beautiful melodies and intricate string arrangements made for a heavenly hour of listening.
Kudos to Anuar for his meticulous work on this album which has sounds of live horns and string ensemble setting it apart from the rest in the local pop scene.
The song Ketulusan Hati, composed and arranged by Numata, for instance, catches the imagination first and foremost, with its melodious orchestral arrangement, while Bidadari features a beautiful Oriental bent, courtesy of the Beijing Orchestra. That tune was recorded, of course, in Beijing.
After a five-year wait, fans are definitely in for a treat as the 37-year-old singer has finally produced and released the album that he has been dreaming about since his last solo outing in 2002.
For the record, Anuar always takes his time to produce his albums. There was a four-year gap between his first and second albums. So how does he feel about the positive response towards his latest effort?

Anuar Zain: "I wanted to make a killer album that blends quality and mass appeal."”I feel a huge relief that the album is out now in the market,” said a cheery Anuar, when contacted via telephone recently.
“It has sold 21,000 copies and has already hit double platinum (since its September release). I am still shocked by the numbers because normally, it takes more than a year to achieve that kind of sales.
“I wanted to make a killer album that quality and mass appeal. The album was also the result of listening to my friends, fans and family’s opinions and ideas. That helped a lot.”
Anuar had to fly around Jakarta, Kuala Lumpur and Beijing to do the recordings over the past two years. It looks like all the hard work and effort has paid off. The new album is definitely in a class of its own.
Of all the tracks, Anuar admitted that the song Lelaki Ini, composed by Numata and arranged by DJ Sumantri, proved to be the most difficult to record.
“This song is very big in terms of music arrangement and it also has a choir ensemble. It was hard to get the right feel.”
The Indonesian touch is also ubiquitous on this album. Nine tracks are the works of Indonesian songwriters except Bidadari, composed by Omar K and arranged by Jenny Chin. Two other songs – Tinggalkan Aku by Sharon Paul, and Teman Terulung, penned by Azalea – feature musical arrangements by renowned Indonesian composer Andi Rianto.
Other tracks in the album are I’m the Lucky One composed by Tengku Shafick and Andi Rianto, Kau Bunga Cintaku (Numata/Irwan Simanjuntak), Tak Lelah composed by Tengku Shafick and arranged by Tohpati, Hanya Milikmu (Nico Ajie Bandy/Andi Rianto) and Jangan Pernah Lagi (Nico Ajie Bandy/DJ Sumantri).
Despite the criticism that Anuar favoured foreign songwriters in his album, the man has his own reasons for doing so.
“Don’t get me wrong, I have requested (through my managers) songs from composers in Malaysia, Indonesia, the Philippines and Singapore.
“I did receive material from our composers but somehow the songs from the Indonesian songwriters fitted my music style in terms of melody and lyrics,” said Anuar, before adding that working with Indonesian composers was invaluable learning experiences for him as a singer.
He admitted that to get the right songs and the right people to work in Indonesia wasn't easy. The networking efforts in Jakarta have been extremely taxing, both in terms of time and money. But he felt that it was all worth it.
“You need to have a network there and these songwriters and arrangers have to know you first. One thing about them, they would do their own research on a particular artiste and only then will they agree to work with you.
“It wasn’t my intention to overlook local talent but I needed songs that suited the concept and direction of my new album,” explained the singer who contributed lyrics for Tinggalkan Aku.
He added that producing the album has been an emotional journey for him.
“It was very difficult at times, especially when I wasn’t satisfied with my own vocals, as I’m very particular. That meant long hours in the studio.
“I’m fully aware that, with the huge contribution from Indonesian songwriters and arrangers, this album will not qualify to compete in any of the local award shows, including Anugerah Industri Muzik (AIM).
“I’m producing this album for my fans and for my own satisfaction. That is the most important thing ... if I receive an award, it will be a bonus.”
Anuar, who self-produced the album through his own production company Anuar Zain Network Sdn Bhd, will need all the help he can get to overcome the obstacles in the music scene. The album, distributed by Universal Music Malaysia, serves as a reminder that Anuar is an artiste in total control of his creative and business direction.
It has taken years for him to gain such clout, but the wait has not been in vain. He also hopes that the album will have an Indonesian release. But having several top Indonesian songwriters is no guarantee that it will be accepted in the republic where music listeners are more protective of their own artistes.
“The reality is harsh but I will keep keep on trying to break into Indonesia,” concluded a determined-sounding Anuar, who won the best male vocal award at the AIM awards in 1999 and 2003.
This progressive-minded pop star hasn’t forgotten about his loyal fans here, and you can expect that his current three-month national tour will help push the sales tally for his new release.

Wednesday, November 21, 2007

Double Platinum for Anuar Zain

[November 20, 2007]


Double platinum for Anuar Zain


(Malay Mail Via Thomson Dialog NewsEdge) IT'S cliche to blame slow album sales on piracy and illegal downloading, especially when factors like poor quality music, packaging and promotion are often discounted from the equation.

A good album can entice music lovers to `buy original' and pop singer Anuar Zain's latest album is a testament to that.

The self-titled album has sold more that 21,000 copies in two months.
"It has already hit double-platinum although we have not gone all out to promote it.
"It is a feat and I am still shocked by the numbers because normally, it takes more than a year for an album to sell that many copies," Anuar said.

On what the overwhelming response meant to him, Anuar said: "As an artiste, you need to put your ego aside.

"Music is still music.

It is essential that you listen to your friends, fans and family's opinions and ideas because they are the one's who are going to buy your album.
"As a performer, we have to make people happy and to achieve that, we have to put our ego aside.

"On a personal note, it is proof that you have to release an album of good songs.
"It has to be a killer album and not an album with a few killer songs." From next month, Anuar and his team will go full-swing to promote the album.

Among the plans is to tour shopping malls.

"I don't think many people are aware that I have a new album out and I need to go down to the people to promote it.

"I always feel that meeting the people is important.

You have to go and meet them and hopefully they'll love you and your music.
"Once that has been established, their undying support is all yours." Anuar Zain is the 36-year-old singer's third studio album, his first in five years.
His previous self-titled albums were released in 1998 and 2003.
Copyright 2007 The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Source: The Financial Times Limited

Sources: TMCNet.comhttp://www.tmcnet.com/usubmit/2007/11/20/3107578.htm

Wednesday, November 14, 2007

Clients And Staff Celebrate HSBC's Annual Glitzy Hari Raya Dinner - 3 Nov



by Syed Rory Malai Hassan

Picture Source from http://adamdanialryan.multiply.com/

Bandar Seri Begawan - The still-lingering Hari Raya mood in the sultanate was in evidence as the Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) celebrated the festivities with a special Hari Raya dinner for its corporate customers yesterday evening at the Rizqun International Hotel in Gadong.
The dinner, which began with a speech by HSBC CEO Tareeq Mahmood, who dressed for the occasion in a Baju Melayu, complete with a Malay songkok, saw the presentation of a cheque to the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation for $10,040.
The cheque, made out to orphans, was received by the CEO of Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Orphans Fund, Dato Paduka Hj Ali Hashim Hj Mohd Daud.
The donation to the fund and other such foundations throughout this year is part of the HSBC Corporate Responsibility programme. Other funds include the Smarter Centre and Unicef programmes. The programme is a goodwill gesture towards the community made by HSBC branches worldwide and usually includes activities, events and functions that enable the organisation to interact with their clients on a more personal level.
During the dinner, guests were entertained with dance routines by local dance artists `Lively Dancers' and local singers Chong Voon Voon and Noraishah.
A surprise treat was also in store for the guests as HSBC brought in a famous guest artist from Malaysia, singer Anuar Zain, who wooed the audience by belting out some of his popular hits.
Throughout the function, various lucky draw prizes, ranging from flat screen television sets to mobile phone handsets, were also given out to some of the lucky winners.-- Courtesy of The Brunei Times



Berita Harian Singapura - 8 Nov

cyBerita: Lelaman Internet Berita Harian Singapura.

Ekstra!


REVIU ALBUM ANUAR ZAIN
Tarikan vokal mendayu
By Freda Hassan Penulis Sambilan


PESANAN penyanyi lelaki popular Anuar Zain menerusi kulit album terbarunya berjudul Anuar Zain cukup menarik perhatian saya ketika membelek-belek albumnya, baru-baru ini.
Pesan Anuar: 'Nikmati muzik tanpa ada rasa pre- judis.'
Buah tangan terbaru yang memang dinanti-nantikan peminatnya itu diterbitkan sendiri oleh Anuar Zain Network, edaran Universal Music.
Penulis difahamkan, Shahrul Anuar Zain atau lebih dikenali dengan nama Anuar Zain mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan album terbaru berjudul Anuar Zain ini.
Album Anuar Zain berkonsepkan pop memuatkan sepuluh lagu termasuk single pertamanya - Lelaki Ini, I'm The Lucky One, Ketulusan Hati, Tinggalkan Aku, Kau Bunga Cintaku, Tak Lelah, Ha- nya Milikmu, Bidadari, Jangan Pernah Lagi dan Teman Terulung.
Sebanyak tujuh lagu adalah ciptaan komposer Indonesia sementara ba- kinya adalah hasil nu- kilan komposer Malaysia seperti Azalea, Sharon Paul dan Omar K.
Tidak dinafikan, pemilihan lagu-lagu daripada komposer Indonesia seperti Numata, DJ Sumantri, Andririanto, Irwan Simanjuntak dan Tohpati menyuntik kesegaran dan kelai- nan dalam album solo Anuar kali ini.
Keunggulan kompo- ser-komposer itu terbukti kerana mereka sendiri pernah menghasilkan lagu untuk artis popular Indonesia seperti Kris Dayanti, Rossa, Glenn, Marcell dan Ruth Sahanaya.
Bahkan Anuar Zain dalam akhbar Harian Metro, baru-baru ini berkata: 'Saya mendapatkan khidmat komposer dari seberang hanya sekadar mencari kepuasan dalam berkarya.
'Kali terakhir saya menghasilkan album pada 2002 dan untuk menanti kelahiran album ini, saya harus menunggu lima tahun.
'Saya mendapatkan khidmat komposer Indonesia kerana mahu menghasilkan yang terbaik.'
Single pertamanya berjudul Lelaki Ini masih menguasai carta-carta radio seluruh Malaysia dan Ria sehingga kini.
Lagu ciptaan tiga komposer Indonesia, Numata (Inu, Mhala dan Tantra), ini kekal menjadi sebutan di kalangan penggemar muzik pop meskipun ia merupakan kemasukan baru untuk carta-carta radio tersebut.
Bersandarkan kekuatan vokal anak kelahiran Merlimau, Melaka ini yang tiada kecacatannya, anda harus menghayati lagu berjudul Ketulusan Hati ciptaan Numata.
Cukup mendayu tarikan vokal Anuar Zain untuk lagu ini dengan iri- ngan piano oleh Tantra sehingga mampu membuai perasaan pendengar yang berjiwa sentimental.
Bagi yang menggemari lagu rancak pula, lagu keratan empat berjudul Kau Bunga Cintaku susunan Irwan Simanjuntak pula sesuai untuk pende- ngaran santai.
Teman Terulung cip- taan Azalea dari Malaysia pula memiliki melodi yang cukup indah.
Rugi rasanya jika anda tidak memiliki album yang berkualiti ini.

Tuesday, October 30, 2007

Lepak kedai mamak - Utusan.com.my


Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN [utusan]

Bersantai sambil berbual bersama-sama rakan merupakan antara aktiviti sosial Anuar Zain (tiga dari kanan).
Jangan terkejut jika anda terserempak dengan Anuar Zain di kedai makan mamak. Biarpun menjadi ‘lelaki idaman Malaya’, Anuar Zain tidak segan melepak di kedai mamak. Bagi penyanyi kacak yang sedang popular dengan lagu Lelaki Ini, kedai mamak menjadi tempat pertemuannya dengan rakan-rakan lama.
Kata Anuar, dalam seminggu, tiga atau empat kali dia melepak dengan rakan-rakannya.
“Lepak di mana-mana pun saya tak kisah. Tetapi kedai mamak menjadi pilihan saya kerana terasa lebih relaks walaupun sehingga tiga, empat jam. Memang ini aktiviti yang saya gemar lakukan ketika bersantai bersama teman-teman. Dapat lepak dengan kawan-kawan, hilang rasa penat bekerja. Kami berbual dan berbincang sesuatu yang baru,” jelasnya.
Biarpun kadang kala ada juga peminat yang datang menyapa dan mahu bergambar dengannya, kata Anuar, situasi tersebut tidak mengganggunya.
Kata pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini, menu pilihan di kedai mamak pastinya teh tarik, capati dan nasi beriani.
“Selalunya saya akan keluar pada waktu petang atau malam untuk berjumpa rakan-rakan. Tetapi kadang-kala pukul 3 pagi pun saya keluar,” katanya yang ditemui di Devi’s Corner, Hartamas, Kuala Lumpur, bersama teman-temannya yang dikenali lebih enam tahun.
Tolak lagu sendiri
Anuar tetap tenang walau ada pihak yang kecoh terhadap album barunya yang diberi judul Anuar Zain kerana terlalu banyak menggunakan khidmat komposer seberang.
Tidak kuasa untuk melenting atau melatah kata Anuar; “Saya tak faham mengapa perlu dijadikan isu perkara tersebut. Sebenarnya saya tak menetapkan album itu untuk karya komposer Indonesia sahaja. Saya hanya mendengar kesemua lagu-lagu yang telah diterima oleh dua pengurus saya iaitu Rohila dan Faizah.
“Ketika lagu-lagu itu saya dengar, saya tak tahu pun penciptanya. Kebetulan kebanyakan lagu-lagu yang saya pilih tu ciptaan komposer seberang. Semuanya secara kebetulan. Saya tidak mengetahui pun penciptanya semasa lagu-lagu itu saya dengar untuk buat pilihan.”
Kata jejaka Aquarius ini, bukan sahaja lagu beberapa komposer tempatan ditolak. Malah lagu ciptaannya sendiri pun ditolaknya. Setelah dibandingkan dengan lagu-lagu lain, lagu-lagunya sendiri pun dirasakan tidak menepati konsep album.
“Saya mencipta empat lagu untuk album itu. Tetapi lagu-lagu itu pun saya tolak kerana tidak menepati tahap piawaian kerana ada lagu-lagu komposer lain yang lebih bagus,” katanya.
Bagaimanapun, kata Anuar, dia bersyukur kerana albumnya itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menurutnya, tiga minggu pertama di pasaran, album itu telah pun memasuki cetakan kedua dan kini telah terjual sebanyak 16,000 unit.
Bukan ucapan saya
Biarpun kini peminat Anuar Zain boleh mendapatkan album terbarunya di pasaran, namun jangan terkeliru dengan sebuah lagi album terbarunya yang juga berada di pasaran diberi judul Anuar Zain Platinum Edition. Ia merupakan album tahun 2002 yang dikeluarkan semula oleh syarikat rakamannya terdahulu, Synchrosound Music.
Kata Anuar, 37, album itu diterbitkan tanpa pengetahuannya. “Tapi itu tak mengapa kerana mereka memang ada hak untuk mengeluarkannya. Cuma saya kesal kerana pada lipatan dalam cover album itu dicatatkan ucapan yang kononnya daripada saya. Padahal ucapan itu sebenarnya bukan daripada saya. Ada pihak yang mencipta ucapan itu. Mereka menipu peminat saya. Pihak tersebut patut malu kerana menipu peminat saya.”
Bagaimanapun Eksekutif Artis & Repoitre (A&R) Synchrosound Music, Nurhisyam Mohd. Noor ketika dihubungi berkata; “Album itu sebenarnya kami dah buat empat tahun lepas tetapi disimpan. Kata-kata ucapan itu saya ambil daripada fail bekas A&R lama. Saya tak tahulah kalau ucapan itu bukan daripada Anuar.”
Selesa bergambar sendirian
Baru-baru ini timbul desas desus yang mengatakan Anuar sudah tidak mahu mengambil gambar bergandingan dengan artis wanita.
Mengakui perkara tersebut kata Anuar, keputusannya itu tidak perlu dipertikaikan.
“Saya lebih selesa bergambar sendiri. Setiap manusia ada pilihan jadi itu pilihan saya. Tak salahkan kerana itu hak saya. Dah berpuluh-puluh tahun asyik bergambar dengan orang sahaja. Jadi keputusan saya ini tak perlu dipertikaikan. Kadang kala saya tak kenal rapat dengan artis-artis yang nak digandingkan, jadi saya tak selesa. Saya tak suka kerja asal boleh sahaja. Bila kita tak rapat, nak cari keserasian masa bergambar itu susah. Lagipun saya tak ramai kawan dalam industri ini.”