Anugerah Planet Muzik 2008 delayed telecast on SURIA, Singapore


Posted by
Webmaster
at
3:31 PM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Oleh Zaidi Mohamad
BERSEMPENA Hari Buruh pada 1 Mei ini, jam 8.30 malam, saluran ntv7 akan menyiarkan program istimewa Countdown Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemuncak segala-galanya menerusi AIM 2008 (ke-15) akan berlangsung pada 3 Mei. Countdown ini akan menyingkap sorotan penting di samping babak di sebalik sinar kerlipan dan glamor anugerah tahunan yang berprestij itu.
Turut dimuatkan dalam rancangan berdurasi 60 minit ialah slot temu bual calon anugerah tahun ini, pemenang AIM terdahulu, di sebalik tabir AIM 15 dan wawancara eksklusif bersama Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar dan Pengurus Besar, Jennifer Thompson.
Penonton juga bakal disajikan dengan temu bual bersama selebriti ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Faizal Tahir mengenai pendapat dan harapan mereka pada malam anugerah di samping fokus pandangan serta persiapan mereka ke malam kemuncak. Imbauan detik kenangan manis bekas pemenang terdahulu juga diselitkan.
“Countdown AIM 15 ialah rancangan unggul yang juga menyumbang sebahagian besar kepada pembikinan AIM yang ditunggu-tunggu semua pada 3 Mei ini. Anugerah tahunan ini telah berkembang daripada tahap ke tahap setiap tahun dan AIM berjanji akan menjadi ikon untuk semua rancangan anugerah hiburan,” kata Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama ntv7, Airin Zainul..
Episod mingguan Prelude Kemuncak AIM 15 juga boleh didapati di Catch-Up TV di laman web: www.ntv7.com.my. AIM kali ini menghimpunkan 576 pencalonan dalam 18 kategori termasuklah Persembahan Vokal Terbaik di dalam album artis Wanita dan Lelaki, Album Pop Terbaik, Album India dan Cina, Artis Harapan dan Artis Baru Terbaik.
Tahun ini adalah tahun kesembilan berturut-turut, stesen Saluran Ceria Anda itu bertindak sebagai stesen penyiar rasmi AIM. Pada tahun lalu, AIM 14 telah berjaya memperoleh rating yang amat membanggakan di kalangan penonton berumur enam tahun ke atas dengan pencapaian 11 TVR atau hampir 2 juta jumlah penonton keseluruhan.
AIM 15 kali ini akan menyiarkan From The Red Carpet selama setengah jam sebelum persembahan kemuncak dan penganugerahan ke udara, mulai jam 8.30 hingga 9 malam. Ashraf Sinclair dan Kartini Ariffin bertindak sebagai hos yang akan menemu bual artis yang melintasi permaidani merah.
Posted by
Webmaster
at
2:06 PM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV

The Snapshot....
The Winning Moments ...*nice clean cut*
Posted by
Webmaster
at
3:08 AM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Posted by
Webmaster
at
6:14 PM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Posted by
Webmaster
at
12:19 AM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Posted by
Webmaster
at
11:34 AM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Hari Raya Special on TV featuring Anuar Zain as Guest Artist
13 Oct - Konsert Mega Aidilfitri on RTM1 at 8.30pm
14 Oct - Romansa Raya on TV3 at 11:00am
14 Oct - Nite of Soulful Stars on NTV7 at 8:30pm
8 Nov - High Tea 'Aidilfitri bersama Anuar Zain'
That's all folks!
Posted by
Webmaster
at
11:13 AM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV, Meet Anuar Zain
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Source: www.bharian.com.my
MARIA Tunku Sabri umpama maskot kepada program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Tahun ini menjadi tahun kesembilan personaliti itu bersama-sama dengan program destinasi masakan itu.
Seakan tidak lengkap dan menarik JJCM jika tidak melihat Maria Tunku Sabri menikmati makanan enak yang dihidangkan itu.
Memasuki musim ke-10, JJCM menampilkan pengisian yang serba baru dan menarik. Jika sebelum ini, Maria bersama krew JJCM menjelajah ke seluruh negara mencari restoran yang menarik untuk dipaparkan. Kali ini, krew JJCM akan hanya menjelajah ke restoran sekitar Lembah Klang.
Maria Tunku Sabri tidak keseorangan sebaliknya dalam musim ini yang diterbitkan Nurhul Huda Khalid, Maria akan ditemani artis popular tempatan keluar masuk restoran yang terdapat di dalam pusat beli belah di sekitar ibu kota.
Artis ini akan sama ada memberikan Tip Keselamatan Bersama Gas Petronas atau meluangkan masa memasak resipi kegemaran masing-masing serta menemani Maria menikmati makanan di restoran.
Antara artis yang akan terbabit di dalam JJCM musim ke-10 ini seperti Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Jaclyn Victor, Nurul, Anuar Zain, Daphne Iking, Sheila Rusly dan Amy Mastura.
Nurhul Huda yang pertama kali menerbitkan JJCM berkata, JJCM juga akan memaparkan aktiviti luar seperti ‘rockclimbing’ yang terdapat di pusat beli belah sebagai satu kelainan untuk musim ini.
“Kita tidak mahu hanya fokus kepada makanan saja tetapi kali ini kita mahu seimbangkan makanan dengan gaya hidup. Kali ini JJCM akan paparkan aktiviti luar yang popular di pusat beli belah bukan setakat makan saja.
“Musim ini walaupun kita tidak boleh dapatkan semua artis tetapi kita berjaya mendapatkan artis popular. Mereka ini bukan setakat memasak tetapi mereka juga akan menemani Maria berjalan di pusat beli belah dan menemaninya menikmati makanan di restoran yang terpilih.
“Setakat ini kita baru habis rakaman empat episod dan kita akan meneruskan rakaman sampai sehari sebelum puasa. Kita juga ada JJCM istimewa untuk raya dan juga rumah terbuka. Kali ini lokasinya semua di Lembah Klang kerana faktor masa, satu hari kita hanya mampu buat satu episod kerana kita kena ambil kira beberapa faktor sebelum rakaman. Contohnya, restoran kena ada pelanggan supaya tidak nampak kosong,” jelas Nurhul Huda.
Sementara itu, Maria Tunku Sabri yang kini sinonim bersama JJCM menganggap program itu sebagai jantung hatinya. Banyak kenangan pahit dan manis katanya sepanjang sembilan tahun mengelolakan program itu dan ia memberi satu kepuasan untuknya.
Maria yang memulakan tugas di TV3 pada 1996 mula dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Pengacara Jemputan Nona pada 1993. Ketika itu dia adalah salah seorang daripada 10 finalis. Sebelum menyertai JJCM dia terlebih dulu menimba pengalaman sebagai pembaca berita dan kemudian Malaysia Hari Ini (MHI).
“Jiwa saya memang untuk JJCM. Dari kurus sampailah badan saya jadi begini. Dari mula dulu kami macam orang baru. Mula-mula dulu kami tidak nampak benda ini macam mana tetapi setelah episod pertama kami melihat sambutan dia bagus. Ini adalah satu kejayaan besar buat kerana sehingga kini kalau saya pergi ke mana saja orang akan kaitkan saya dengan JJCM.
“Itu kepuasan bagi diri saya dan kejayaan buat team JJCM. Kalau saya pergi ke karnival budak-budak akan nyanyikan lagu JJCM bukan saja orang Melayu tetapi juga bangsa dan juga orang asing yang sudah bermastautin lama di negara kita,” katanya yang turut mengelolakan rancangan Jom Jalan Jalan Cuti Cuti Malaysia.
Bagi peminat JJCM jangan lupa saksikan musim ke-10 rancangan ini yang akan menemui penonton pada 9 September, setiap hari Ahad jam 12 tengah hari di TV3.
Posted by
Webmaster
at
6:05 PM
1 comments
Labels: Anuar Zain on TV
Posted by
Webmaster
at
5:59 PM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV
Nite of Soulful Stars Merdeka Special - NTV7
31 August 2007 @ 9.00pm
Anugerah Era 2007 - Astro
8 September 2007 @ 8.30pm
'Jalan- Jalan Cari Makan' - TV3
9 September 2007 @12.00noon
Source: Kiera - ANUAR ZAIN NETWORK SDN BHD
Posted by
Webmaster
at
5:47 PM
0
comments
Labels: Anuar Zain on TV